RPT Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 3 2019 adalah dokumen secara ringkas isi pengajaran dan pelan proses mengajar P&P secara bertulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah mekanisme dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang kompetatif.
Rancangan Pelajaran Tahunan RPT yang disediakan oleh guru-guru perlulah dimasukan elemen pelaksanaan PAK-21 yang menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Digital Kementerian Pendidikan. Ini adalah selaras matlamat Kementerian Pendidikan dalam program merealisasikan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) serta menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
PERKARA
|
SUBJEK |
SILA CLICK SEBELAH UNTUK
|
Selain RPT Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 3 2019…..Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….
- RPT Matematik KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Sejarah KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Geografi KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Sains KSSM Tingkatan 3 2019
- RPT Bahasa Inggeris KSSM Tingkatan 3 2019
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
Definisi
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (SPI Bil. 3/1999)
Ciri Utama Rancangan Pelajaran Tahunan
- Berdasarkan Sukatan Pelajaran
- Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
- Merangkumi sepanjang tahun
- Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid
- Disusun berdasarkan takwim sekolah
Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan
- Kelompok : Masa pelaksanaan ( tiga hingga empat minggu)
- Tema dan Tajuk
- Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
- Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum
- Catatan
• Peperiksaan / ujian bulanan,
• Cuti Sekolah
• Program / Aktiviti Sekolah
• Laman web
• Bahan bantu belajar/ mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG).
• Hari sukan dan yang lain-lain.
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Kepentingan Rancangan Tahunan ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur dalam tempoh jangka masa yang panjang iaitu dua semester yang bersamaan dua tahun. Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Persediaan mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran iaitu masa, standard kandungan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapat mengelakkan sebarang penyelewengan
atau terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diajar sebagaimana yang disarankan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP).
Selain itu, kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami dan menentukan isi
pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan dan menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan apabila segalanya telah dirancang terlebih dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak mengambil masa yang terlalu lama melebihi had masa yang telah diperuntukkan ketikaproses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Selain itu, apabila guru dapat memahami dan dapat menyampaikan pelajaran dalam
masa yang telah diperuntukkan ianya akan meningkatkan keyakinan diri guru sebelum
masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel. Apabila guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid, secara tidak lansung guru akan mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
Selain itu juga, kepentingan RPT ialah dapat menentukan dan menyediakan BBM yang perlu untuk proses P&P. Jadi, seseorang guru itu tidak akan tergesa-gesa untuk memikirkan BBM yang akan dibuat dan disediakan kerana sudah dirancang terlebih dahulu.