Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah KPM 2020

0
104

Ibubapa atau penjaga yang telah membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2020 ataupun secara manual (melalui sekolah dimohon) boleh mula membuat Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah KPM 2020 mengikut ketetapan berikut:

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN

a. Secara Dalam Talian

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2019 (tertakluk kepada pindaan).

b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon

Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2019 (tertakluk kepada pindaan).

Status Permohonan

Sila semak status permohonan sama ada;

i. Menunggu Pengesahan – Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum
dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.

ii. Tidak Lengkap – Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini
maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.

iii. Disahkan – Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.

iv. Berjaya – Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.

v. Tidak Berjaya – Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

RAYUAN PERMOHONAN

a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2019 (tertakluk kepada pindaan).

d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibubapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Tatacara Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2019 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.

Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.

Bantuan Helpdesk

a. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)

b. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) Atau
Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan

Unit Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dan Prasekolah/Alamat Emel

  • JPN Johor – eprasekolah.johor@moe.gov.my
  • JPN Kedah – epra.kedah@moe.gov.my
  • JPN Kelantan – prasekolah.kelantan@moe.gov.my
  • JPN Melaka – epra.melaka@moe.gov.my
  • JPN Negeri Sembilan – jpnn9.eprasekolah@moe.gov.my
  • JPN Pahang – epra.pahang@moe.gov.my
  • JPN Perak – jpnperak.upkk@moe.gov.my
  • JPN Perlis – eprasekolah.perlis@moe.gov.my
  • JPN Pulau Pinang – eprasekolah.pp@moe.gov.my
  • JPN Sabah – prasekolah.jpnsabah@moe.gov.my
  • JPN Sarawak – prasek.jpnswk@moe.gov.my
  • JPN Selangor – selangor.epra@moe.gov.my
  • JPN Terengganu – upra.jpnt@moe.gov.my
  • JPWP Kuala Lumpur – jpwpkl.epra@moe.gov.my
  • JPWP Labuan – eprasekolah.wplabuan@moe.gov.my
  • JPWP Putrajaya – eprasekolah.putrajaya@moe.gov.my

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada:
eprasekolah@moe.gov.my

Related Post :-