
Berikut disediakan Senarai Fail Meja Dan Tugas Pentadbir Sekolah…. Semoga bahan-bahan ini memberi manafaat kepada semua…
Fail Meja merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. Fail Meja adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya.
Fail Meja berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu Fail Meja dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang
dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam FM adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap
hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.
Berikut adalah Senarai Fail Meja Dan Tugas Pentadbir Sekolah
- Senarai Tugas Pentadbir Sekolah
- Panduan Penyediaan Fail Meja
- Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja
- Fail Meja Guru Besar
- Fail Meja Displin
- Fail Meja Guru Disiplin
- Fail Meja Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Fail Meja Penolong Kanan Kurikulum
- Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum
- Fail Meja Guru Perpustakaan Dan Media
- Fail Meja Prasekolah
- Fail Meja Ketua Panitia
- Fail Meja Guru Mata Pelajaran
- Fail Meja Guru Kelas
- Fail Meja Penyelaras Unit Beruniform
- Fail Meja SU Kokurikulum
- Perancangan Dan Pengelolaan Kokurikulum Di Sekolah
- Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum
- Aktiviti Kokurikulum (Konsep, Matlamat, Strategi dan Perlaksanaan)
- Pengurusan Disiplin Sekolah
PENUTUP
Fail Meja perlu dikemas kini apabila berlaku perubahan dalam pejabat/ jabatan. Peraturan, prosedur kerja dan borang-borang yang tidak digunakan lagi akibat perubahan yang berlaku hendaklah dikeluarkan dari manual ini dan
diganti dengan yang baru. Ini akan menjamin supaya manual ini sentiasa kemas kini dan digunakan oleh setiap kakitangan di pejabat/ jabatan masing-masing.
Tindakan untuk menyediakan Fail Meja ini melibatkan semua kakitangan dan staf sesebuah pejabat/ jabatan demi keberkesanan bidang pengurusan sesebuah pejabat/ jabatan. Tegasnya Fail Meja merupakan dokumen mikro untuk individu dalam organisasi dan menjadi alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan
produktiviti dan kualiti hasil kerja sesebuah pejabat/jabatan.
TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
3. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.