Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018

0
495

Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan PMR yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Di sini disediakan Jadual PT3 2018 atau Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru dan semua ibubapa yang terlibat dengan PT3 pada tahun ini.

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kajian kes untuk mata pelajaran Geografi dan Sejarah, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.

Pentaksiran Pusat (PP) merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tujuan pentaksiran ini untuk mengukur pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran secara sumatif bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah. Pelaksanaan PT3 menggunakan instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan: Bertutur dan Mendengar, Ujian Tilawah dan Hafazan, Ujian Komunikasi: Berisyarat / Bertutur, Ujian Komunikasi: Melihat / Mendengar dan Pelbagai
Instrumen.

JADUAL WAKTU

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2018

18 FEBRUARI hingga 13 JULAI 2018

 

 

 

1 APRIL hingga 30 APRIL 2018

 

 

 

 

 

 

 

 

2 MEI hingga 26 MEI 2018

8 JULAI hingga 27 JULAI 2018

ISNIN 13 OGOS 2018

SELASA 14 OGOS 2018

RABU 15 OGOS 2018

18 SEPTEMBER hingga 28 SEPTEMBER 2018

ISNIN 8 OKTOBER 2018

SELASA 9 OKTOBER 2018

RABU 10 OKTOBER 2018

KHAMIS 11 OKTOBER 2018


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2018

BAHAGIAN A
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) – ARAHAN AM

Pihak JPN hendaklah:

  1. Mengedarkan Jadual Waktu PT3 Tahun 2018 keppada semua calon. persendirian.
  2. Memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 Tahun 2018 sebelum pentaksiran.
  3. Menyemak bahan pentaksiran yang diterima menepati keperluan menjawab instrumen pentaksiran yang ditawarkan pada tahun semasa.
  4. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan yang sedang berkuatkuasa.
BAHAGIAN B
PENGETUA – ARAHAN AM

Pengetua hendaklah:

  1. Mengedarkan Jadual Waktu PT3 2018 kepada semua calon.
  2. Memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 Tahun 2018 sebelum pentaksiran.
  3. Menyemak bahan pentaksiran yang diterima menepati keperluan menjawab instrumen pentaksiranyang ditawarkan pada tahun semasa.
  4. Merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan terkini.
BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM

DEWAN PEPERIKSAAN UPSR

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:

  1. Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu PT3 2018 dimaklumkan kepada calon.
  2. Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu dan masa pentaksiran.
  3. Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu PT3 Tahun 2018.
  4. Mengedarkan instrumen pentaksiran dengan muka hadapan instrumen pentaksiran di sebelah atas.
  5. Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa pentaksiran dan arahan pada muka hadapan instrumen pentaksiran bagi memastikan calon mendapat instrumen pentaksiran yang betul.
  6. Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran.
  7. Memastikan bilangan skrip jawapan calon yang dikumpul akur dengan bilangan calon  dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu instrumen pentaksiran.
  8. Menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/Bilik Pentaksiran.
  9. Memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/Bilik Pentaksiran.
  10. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang terkini.
BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh pelaksanaan PT3 Tahun 2018.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Waktu PT3 Tahun 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PENTAKSIRAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/bilik pentaksiran 15 minit sebelum pentaksiran dimulakan.
2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu pentaksiran.
2.3 Calon dibenarkan menduduki ujian atas budi bicara Ketua Pengawas Pentaksiran sekiranya tiba 30 minit selepas ujian dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Calon hendaklah:

3.1 menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa pentaksiran dan arahan pada muka hadapan instrumen pentaksiran bagi memastikan calon mendapat instrumen pentaksiran yang betul.
3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Pentaksiran dengan segera jika menerima instrumen pentaksiran yang salah atau tidak lengkap.
3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) instrumen pentaksiran sebelum pentaksiran dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN CALON

Calon hendaklah:

4.1 menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan calon.
4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).
4.3 calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bulat berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi instrumen pentaksiran yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
4.5 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat bersama skrip jawapan calon.
4.6 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan calon  dikumpul semula oleh Pengawas Pentaksiran.

5. AMARAN DI DEWAN/BILIK PENTAKSIRAN

Calon tidak dibenarkan:

5.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

5.2 membawa masuk dan menggunakan cecair pemadam (liquid paper) atau pita pemadam (correction tape)
5.3 keluar dari dewan/bilik pentaksiran 30 minit pertama ujian dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum pentaksiran ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Pentaksiran.
5.4 membawa keluar dari dewan/bilik pentaksiran instrumen pentaksiran sebelum ujian tamat.
5.5 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik pentaksiran semasa ujian.
5.6 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
5.7 merokok di dalam dewan/bilik pentaksiran.

6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PENTAKSIRAN

Calon dilarang:

6.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Pentaksiran serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik pentaksiran kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa pentaksiran.
6.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik pentaksiran.
6.3 mendedahkan instrumen pentaksiran atau/dan jawapan calon sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
6.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik pentaksiran walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam pentaksiran.
6.5 menukar instrumen pentaksiran atau/dan skrip jawapan calon dengan calon lain.
6.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Pentaksiran.
6.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
6.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik pentaksiran semasa pentaksiran.
6.9 membawa instrumen pentaksiran keluar dari dewan/bilik pentaksiran semasa pentaksiran.
6.10 membawa instrumen pentaksiran atau skrip jawapan calon sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik pentaksiran.

8. PERINGATAN

Calon yang melanggar sebarang peraturan pentaksiran dalam Bahagian D: 6. Larangan di Dewan/Bilik Pentaksiran dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga
Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

i. keputusan pentaksiran digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
ii. keputusan pentaksiran mana-mana instrumen pentaksiran dibatalkan;
iii. keputusan pentaksiran yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis instrumen

JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis instrumen pentaksiran. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.

Kategori A

1. Calon Buta Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD)/Attention Deficit Disoder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota
2. Calon yang mengalami kemalangan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
3. Calon yang mengalami kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas kebenaran
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).

Kategori B

1. Calon Pekak.


AMARAN PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN

Calon yang menduduki pentaksiran di bilik / dewan pentaksiran dilarang:

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Pentaksiran serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan / bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa pentaksiran.
2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan / bilik pentaksiran.
3. mendedahkan kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik pentaksiran walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan / pentaksiran.
5. menukar kertas peperiksaan atau /dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Pentaksiran .
7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
8. membuat rujukan di luar dewan/bilik pentaksiran semasa pentaksiran.
9. membawa kertas / skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan /bilik pentaksiran.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan / Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana -mana salah laku
boleh dikenakan tindakan berikut:-

1. keputusan pentaksiran digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
2. keputusan pentaksiran mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
3. keputusan pentaksiran yang dikendalikan di sesuatu pusat pentaksiran diisytiharkan terbatal.


INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

Instrumen Contoh Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Hifz Al-Quran

Instrumen Contoh Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)