Home Kalendar & Takwim Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018

1289
0

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. Matlamat diadakan peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar. Di sini disediakan Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru dan semua ibubapa yang terlibat dengan UPKK pada tahun ini.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018 1

JADUAL PENGURUSAN PELAKSANAAN
UPKK 2018

Januari Hingga April 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018 2

Mei Hingga Julai 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018 3

Ogos 2018 Hingga Januari 2019

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2018 4


UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)

1.0 MATLAMAT

Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

2.0 BIDANG-BIDANG YANG DINILAI

2.1       Al-Quran.
2.2       Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).
2.3       Sirah
2.4       Adab (Akhlak Islamiyah )
2.5       Jawi dan Khat
2.6       Asas Lughatul Quran
2.7       Penghayatan Cara Hidup Islam.
2.8       Amali Solat

3.0 BENTUK PENILAIAN

3.1       Bentuk Lisan                            :      Al-Quran
3.2       Bentuk Amali                           :      Amali Solat
3.3       Bentuk Lisan & Pemerhatian      :     Penghayatan Cara Hidup Islam
3.4       Bentuk Penulisan                      :     Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
Sirah
Adab (Akhlak Islamiyah)
Jawi dan Khat
Asas Lughatul Quran

4.0 PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK

4.1         Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang                      ditetapkan.
4.2         Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

5.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

5.1       Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
5.2       Mengikut Kurikulum KAFA.
5.3       Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
5.4       Berdaftar untuk menduduki UPKK.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.1       Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan                oleh JAKIM).
6.2       Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

7.0 PUSAT UPKK

7.1   Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan                           Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
7.2   Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya                tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha             Peperiksaan Negeri.

8.0 PENGENDALIAN PENILAIAN

8.1 Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri.
8.2 Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.
8.3  Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.
8.4   Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

9.0  ** PENGGREDAN

9.1   Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

2A (Tahap Cemerlang) 80-100
3B (Tahap Baik) 60-79
4C (Tahap Memuaskan) 40-59
5D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39

* * Tertakluk kepada sebarang perubahan

10.  SIJIL

Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai