Home Pelaporan PBD Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019

7315
0

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019 Terkini bagi Tahun 3 telah dimuat naik. Semua template telah dimuat naik bagi mengantikan template sedia ada oleh BPK. Semua template pelaporan bagi setiap mata pelajaran telah digabungkan dalam satu template SAHAJA.

PBD merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk melahirkan murid secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen guru, sokongan dan bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN dan ibu bapa.

OBJEKTIF PBD

Template Pelaporan PBD Tahun 3 dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui PBD, guru dapat:

  • mengesan pengetahuan sedia ada murid
  • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
  • mengetahui keberkesanan PdP
  • merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
  • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:

  • mengesan perkembangan diri
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
  • meningkatkan pencapaian pembelajaran
DIPERSILAKAN KLIK AND SHARE …..

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019 1


PANDUAN PENGGUNAAN TEMPLATE

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (Template Pelaporan PBD Tahun 3) TEMPLATE GURU KELAS

PENGENALAN

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. Template Pelaporan PBD Tahun 3 sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

A. MAKLUMAT AM

Template Pelaporan PBD Tahun 3 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa Worksheet/Tab:

1. PANDUAN
2. REKOD PRESTASI MURID
3. LAPORAN MURID
4. LAPORAN MATA PELAJARAN
5. TEMPLAT PEREKODAN SEMUA MATA PELAJARAN (17) DI TAHAP 1 [TAHUN 1/2/3]
6. TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
7. TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN
8. GRAF PELAPORAN

B. PENGGUNAAN TEMPLATE

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID. Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

1. Nama dan Alamat Sekolah
2. Nama Guru dan Nama Kelas
3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
4. Nama Pentadbir
5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar)

C. TAHAP PENGUASAAN

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru Kelas hanya perlu memaklumkan kepada Guru Mata Pelajaran untuk merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman TEMPLAT MENGIKUT MATA PELAJARAN SAHAJA sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.

D. PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN DAN ULASAN GURU MATA PELAJARAN

1. Tahap Penguasaan yang akan dimasukkan ke dalam Template Pelaporan PBD ini adalah Tahap Penguasaan Keseluruhan sahaja dari semua mata pelajaran yang diambil oleh murid bagi kelas berkenaan sahaja.

2. Guru Mata Pelajaran juga boleh membuat ulasan tambahan pada ruangan yang disediakan berkenaan pencapaian, kemahiran dan nilai yang difikirkan perlu untuk tujuan makluman tambahan kepada Ibu Bapa murid.

E. ULASAN GURU KELAS

Guru kelas hendaklah memberikan ulasan yang berbentuk komprehensif yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ulasan tambahan berbentuk kebolehan lain yang unik antara murid juga digalakkan jika seperti kebolehan pengucapan awam (public speaking), mudah menghafal, mengenal paten dan sebagainya. Guru kelas atau guru mata pelajaran juga digalakkan menggunakan nama ringkas murid dalam membuat ulasan yang berkenaan untuk memberikan lebih nilai peribadi (personal touch) antara guru dan murid.

Guru Mata Pelajaran

1. Guru mata pelajaran melengkapkan Tahap Penguasaan Keseluruhan (TP) bagi semua murid.

2. Guru mata pelajaran memberi ulasan tentang murid merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai atau perkara lain sebagai makluman kepada ibu bapa. Ulasan guru mata pelajaran adalah secara pilihan sahaja (optional).

Contoh: “Adli suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains.Dia selalu memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah. Dia juga suka bertanya dan mencari penyelesaian sendiri.”

3. Semasa Pelaporan Pertengahan Tahun, guru mata pelajaran dibenarkan membuat pindaan (edit) ke atas Tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi mata pelajaran masing-masing berdasarkan topik-topik yang telah diajar di sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN sekiranya ada keperluan. Pelaporan Akhir Tahun tidak perlu melalui langkah ini.

4. Pindaan yang dibenarkan (editable) ke atas Tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi mata pelajaran masing-masing hendaklah secara minimum sahaja mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing. Bentuk dan kaedah penulisan hendaklah merujuk kepada sheet TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN yang telah disediakan.

Lampiran / sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHU, TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN TAHUN

Guru Kelas

1. Guru kelas perlu memberi ulasan tentang kebolehan,usaha, sikap dan nilai murni bagi setiap murid dalam kelasnya secara deskriptif.

Contoh: “Adli merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama dengan rakan-rakannya. “

2. Guru kelas boleh membuat cetakan pelaporan bagi setiap murid secara automatik secara sekali klik dengan mengguanakan butang CETAK SEMUA yang disediakan. Guru kelas perlu memastikan semua TP murid telah dilengkapkan sebelum membuat cetakan.

3. Guru kelas boleh keluarkan sheet mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan menggunakan kaedah Hide jika perlu.

Nota #1

Semua lembaran kerja dalam fail excel ini telah dikunci untuk mengelakkan terpadam formula atau pautan yang telah diberikan. Walaubagaimana pun guru masih boleh membuat pindaan atau aktiviti lain pada perkara atau ruangan yang dibenarkan seperti besarkan lajur atau baris dan sembunyikan (hide) pada tab yang tidak diperlukan.

Nota #2

Tafsiran bagi Tahap Penguasaan(TP) yang dilaporkan untuk PERTENGAHAN tahun adalah merujuk kepada lampiran/sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN yang boleh diubah (editable) oleh guru mata pelajaran bersesuaian dengan pembelajaran sehingga pertengahan tahun. Guru kelas hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua guru mata pelajaran masing-masing.
Tafsiran bagi Tahap Penguasaan(TP) yang dilaporkan untuk AKHIR tahun adalah merujuk kepada lampiran/sheet TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN yang telah ditetapkan.

Lampiran / sheet TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN TAHUN

Senarai Tab (Sheet):

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019 2

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019 3

Template Pelaporan PBD Tahun 3 KSSR Semakan 2019 4

Manual Penggunaan Template

Langkah 1 : Guru Kelas
Guru Kelas boleh mewujudkan satu folder khas bagi kelas masing-masing secara berasingan. Ini kerana arahan simpan/ekport kepada format PDF pelaporan murid akan disimpan dalam folder yang berkenaan sahaja. Lampiran mata pelajaran yang tidak berkaitan bagi kelas tersebut boleh disembunyikan (hide).

Langkah 2 : Guru Kelas
Guru Kelas melengkapkan maklumat awal berkaitan kelas masing-masing seperti nama murid, nama kelas, nama Guru besar, tarikh dan sebagainya.

Langkah 3 : Guru Mata Pelajaran
Guru Mata Pelajaran akan melengkapkan Tahap Pengusaan (TP) bagi murid kelas berkenaan dan memberikan ulasan yang berkaitan jika perlu.

Langkah 4 : Guru Kelas
Guru Kelas seterusnya akan melengkapkan Ulasan bagi pihaknya kepada semua murid kelas masing-masing.

Langkah 5 : Guru Kelas – Pengurusan Pelaporan
Pelaporan Tahap Pengusaan murid boleh dicetak (Jika perlu) atau disimpan dalam bentuk softcopy (Format PDF)