Home Artikel Tips Temuduga: Perkara Perlu Dibuat Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga.

Tips Temuduga: Perkara Perlu Dibuat Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga.

53
0
Tips Temuduga: Perkara Perlu Dibuat Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga
Disini dikongsikan Tips Temuduga: Perkara Perlu Dibuat Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga. Tips temuduga di bawah merupakan tips terkini yang anda boleh sesuaikan dengan apa jua sesi temuduga.

Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang 'Last Minute' Nak Pergi Temuduga Kerja | TRP

Tahniah kerana anda mendapat panggilan temuduga kerja. Pasti anda sangat teruja setelah menunggu dengan begitu lama untuk mendapatkan kerja idaman anda dan pastinya anda ingin lulus temuduga yang bakal anda hadapi nanti.

Tips Sebelum Temuduga

Beberapa hari sebelum anda menghadapi temuduga. anda boleh membuat persediaan seperti berikut:
1. Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Dan Panel Penemuduga
Cuba dapatkan maklumat seperti profit syarikat, faedah kepada pekerja yang ditawarkan syarikat, operasi syarikat. corak kepimpinan syarikat serta perkara lain yang berkaitan dengan syarikat yang bakal anda pergi temuduga.
Gunakan apa sahaja medium seperti portal rasmi syarikat serta pelbagai media sosial yang berkaitan untuk mendapat maklumat supaya anda benar-benar tahu tentang syarikat tersebut.
2. Membaca Semula Huraian Pekerjaan
Cetak dan baca serta fahami kemahiran khusus yang diperlukan atau dikehendaki oleh syarikat. Fikirkan contoh kerja yang berkaitan dengan kerja yang pernah anda lakukan sebelum dan sekarang ini.
3. Gunakan Kaedah STAR Dalam Menjawab Soalan
Bersedia dengan soalan mengenai pengalaman kerja yang lalu. Gunakan kaedah STAR untuk bercerita dengan jelas iaitu Situasi (Situation), Tugas (Task). Tindakan (Action) dan Hasil (Result).
4. Berlatih Menjawab Soalan
Anda boleh berlatih menjawab soalan-soalan yang selalu ditanya ketika temuduga seperti. ‘Sila ceritakan tentang diri anda dan mengapa anda memilih untuk bekerja di syarikat ini?: In’ dapat membantu anda untuk menjawab dengan lebih yakin serta nilai yang anda akan berikan kepada syarikat sekiranya anda bekerja di syarikat tersebut.
5. Berlatih Menjawab Soalan Bersama Rakan
Berlatih menjawab soalan dengan balk dan jelas adalah cara persediaan yang sangat berkesan. Minta rakan anda untuk menjawab soalan dan berikan jawapan. Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan ketika temuduga nanti.
6. Bersedia Dengan Contoh Kerja Anda
Anda juga mungkin akan ditanya mengenai pekerjaan yang telah anda lakukan sebelum ini. Berikan contoh pekerjaan yang berkaitan serta kejayaan yang telah anda kecapi.
7. Sediakan Senarai Rujukan
Kemungkinan penemuduga akan meminta anda memberikan senarai rujukan sebelum atau selepas temuduga anda. Dengan menyiapkan senarai rujukan dengan lebih awal, is membantu anda pergi ke langkah yang seterusnya untuk diambil bekerja.
8. Sediakan Soalan Untuk Penemuduga Anda
Temuduga adalah komunikasi dua hala. Majikan juga mengharapkan anda bertanyakan soalan kerana mereka ingin tahu berapa seriuskah anda ingin bekerja di syarikat mereka. Berikut adalah beberapa soalan yang sesuai untuk anda tanyakan kepada penemuduga :
  • Bolehkah anda menerangkan tugasan ini secara terperinci?
  • Bagaimana anda menggambarkan ciri-ciri seseorang yang akan berjaya dalam jawatan
  • Sekiranya saya menjawat jawatan ini, bagaimana prestasi saya dinilai? Berapa kerap ianya dinilai?
  • Kebiasaannya, bahagian manakah yang boleh bekerja sebagai satu pasukan?
  • Bagaimanakah caranya mereka bekerjasama?
  • Bagaimanakah bentuk proses tersebut?
  • Apakah cabaran yang anda hadapi dalam pekerjaan anda?
Beri perhatian juga kepada soalan-soalan yang tidak perlu anda ajukan kepada penemuduga. Dalam temuduga ada “taboo” tertentu.

Tips Semasa Temuduga

Setelah membuat persiapan sebelum temuduga. anda boleh berjaya dalam temuduga dengan mengikuti tips berikut :
9. Bawa Salinan Resume, Buku Nota Dan Pen
Siapkan sekurangya lima salinan resume. Buat resume anda dengan kemas dan cantik untuk diberikan kepada setiap penemuduga. Apa dokumen perlu di bawa dan tidak perlu di bawa ke tempat temuduga juga perlu diberikan perhatian oleh anda.
Bawa pen dan buku nota kecil untuk membuat beberapa catatan penting ketika temuduga. Jaga hubungan mata ketika proses temuduga dijalankan untuk menampakkan keyakinan anda ketika temuduga dijalankan. Sediakan juga Cover Letter. kadangkala majikan mencari isi-isi tetentu di dalam Cover Letter anda.
Resume dan dokumen
Apabila anda perlu melampirkan bersama sebarang dokumen seperti resume atau salinan sijil, pastikan anda telah menukar segala dokumen terbabit kepada format PDF, kecuali pihak majikan yang anda pohon ada mengatakan sebaliknya atau sebarang format tertentu.
Namakan dokumen tersebut dengan nama yang bersesuai dan memudahkan pencarian pihak majikan, sebagai contoh, ahmadamranResume.pdf, ahmadamranSijilDiploma.pdf dan seterusnya.
10. Siapkan Pakaian Untuk Temuduga Seawal 1 Hari
Anda perlu menyiapkan pakaian untuk temuduga yang betul dan sesuai dengan jawatan dan syarikat tersebut sekurangnya 1 hari. Jika anda tidak pasti tatacara berpakaian untuk temuduga. dapatkan cadangan daripada rakan anda.
11. Sampai Awal Di Tempat Temuduga
Datang awal 10-15 minit sebelum sesi temuduga dijalankan. Rancang perjalanan anda dengan teliti.
Tip: Anda boleh melihat analisa corak cara kerja di syarikat tersebut.
12. Tanggapan Pertama Yang Hebat
Pastikan anda memakai kasut yang bersih, rambut anda disikat kemas dan pastikan kuku dipotong pendek. Begitu juga dengan pakaian anda. Pakai pakaian yang bersih dan berbau wangi. Pastikan anda menggunakan bahasa badan yang betul dan sentiasa senyum sepanjang sesi temuduga dijalankan.
13. Menghormati Orang Lain
Hormat dan layan semua staf atau pekerja yang anda temui di syarikat tersebut dengan baik. Kadangkala terdapat majikan atau penemuduga yang akan mendapatkan maklumbalas calon daripada pekerja mereka untuk mengukuhkan keputusan mereka.
14. Amalkan Adab Dan Bahasa Badan Dengan Baik
Tampilkan bahasa badan yang lebih yakin dan beradab ketika temuduga dijalankan. Duduk atau berdiri dengan tekstur badan yang betul. Tank nafas sedalam mungkin dan hembus perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan cemas dan ianya membantu anda untuk lebih yakin.
Berjabat tangan sekiranya penemuduga menghulurkan tangan dan berikan senyuman paling manis buat mereka. Perhatikan juga bahasa badan penemuduga semasa sesi temuduga sedang berlangsung.

Tips Temuduga: Perkara Perlu Dibuat Sebelum, Semasa Dan Selepas Temuduga. 3


Tips Selepas Temuduga

Setelah temuduga selesai, anda boleh lakukan perkara berikut:
20. Tanya Mengenai Langkah Seterusnya
Selepas temuduga tamat, anda boleh bertanya sama ada penemuduga dan Pengurus Sumber Manusia apa yang anda harapkan seterusnya. Mungkin anda akan menerima emel susulan seperti keputusan temuduga anda, syarat tambahan seperti tugasan atau senarai rujukan atau temuduga yang lain.
21. Hantar Emel Terima Kasih Secara Peribadi
Minta kad nama setiap penemuduga selepas sesi temuduga tamat. Sekurangnya anda boleh menghantar emel kepada mereka dan ucapkan terima kasih serta masukkan nota yang telah anda catatkan semasa sesi temuduga dijalankan.

Kesilapan yang perlu dielakkan!
Ada beberapa perkara yang anda perlu elakkan untuk memohon pekerjaan menerusi email antaranya :
1. Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas.
2. Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi, jika diberikan sebarang format.
3. Jangan terus lampirkan resume atausebarang dokumen ke alamat email yang diberi tanpa memaklumkan kepada pihak majikan. Ada masanya terdapat pemohon yang tidak menulis apa pun mengenai kandungan lampiran dan lebih malang lagi jika pihak majikan tidak menyedari mengenai lampiran yang tersedia.
4. Jika diarahkan menghantar resume melalui email, pastikan email yang dihantar tetap mengandungi ‘body message’ menyatakan hasrat anda untuk memohon pekerjaan.
5. Elakkan membuat sebarang rayuan menerusi email. Tunjukkan kematangan anda kepada pihak majikan. Percayalah jika sudah rezeki, pasti anda akan mendapat pekerjaan yang anda mohon.
6. Hindari dari menghantar sebarang dokumen yang bersaiz terlalu besar.
Akhir kata,
Diharapkan perkongsian tip di atas dapat memberikan anda gambaran bagaimana cara yang betul untuk membuat permohonan pekerjaan atau jawatan melalui email. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Previous articleNota Peta Minda Visual Sains Tingkatan 3
Next article10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya