Home Artikel Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021

588
0
Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021….    Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut disertakan jadual Waktu Imsak Dan Berbuka bagi seluruh Negeri Sabah sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1442 Hjirah bersamaan 2021 mengikut jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)….

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman web rasmi telah menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak di bulan Ramadhan untuk tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadual yang disediakan oleh pihak JAKIM bagi membantu seluruh umat Islam di Malaysia untuk membuat semakan waktu berbuka Puasa dan Imsak semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1442H/ 2021M
BAGI SELURUH NEGERI SABAH

ZON 1 : BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR) : TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 31

ZON 2 : BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) : TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 32

ZON 3 : BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) : TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, KUNAK DAN LAHAD DATU.

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 33

ZON 4 : BAHAGIAN TAWAU (BARAT) : BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN.

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 34

ZON 5 : BAHAGIAN KUDAT : PULAU BANGGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG TINGGI DAN KUDAT

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 35

ZON 6 : GUNUNG KINABALU (KETINGGIAN 4,101M)

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 36

ZON 7 : BAHAGIAN PANTAI BARAT : RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, TAMPARULI, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 37

ZON 8 : BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) : PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN DAN KENINGAU

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 38

ZON 9 : BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) : TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 39

* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Related Post : Ramadan Planner 2021

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 40


Keistimewaan Bulan Ramadan

1. Bulan diturunkannya Al-Qur’an

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 41

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Mengapa? Kerana di bulan ini pertama kali kitab suci umat Islam Al-Qur’an diturunkan. Allah SWT mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

Firman Allah SWT:

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan furqan (pembeda di antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(QS Al-Baqarah: 185)

2. Syahrus Siyam

Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183)

Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa). Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Siyam bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.

3. Syahrul Qiyam

Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun ‘Alaih).

4. Amal sholeh yang berlipat ganda

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 42

Dalam sebuah hadis dikatakan bahwa bulan Ramadhan adalah waktu dimana kita mendekatkan diri kepada Allah SWT maka nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukan di bulan-bulan lainnya. Di bulan Ramadhan ini juga, umat muslim berlomba-lomba dalam kebaikan dan menjalankan amalan sholeh lainnya.

5. Bulan penuh Keberkatan

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 43

Inilah alasan mengapa bulan Ramadhan juga disebut sebagai malam seribu bulan. Kerana saat seorang muslim melakukan sebuah kebaikan di bulan Ramadhan, ia akan mendapat keberkatan yang nilainya sama dengan seribu bulan. Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

6. Bulan pengampunan dosa dan dikabulkannya doa-doa

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 44

Dalam sebuah Hadis Riwayat Bukhari dijelaskan bahwa setiap muslim berkesempatan untuk meraih pahala sebanyak-banyaknya bahkan dengan ibadah yang sempurna pada bulan puasa akan menjadikan kita kembali bagaikan seorang bayi yang baru lahir. Di bulan Ramadhan juga, Allah berfirman bahwa setiap doa yang dipanjatkan maka pasti akan dikabulkan.

7. Terdapat malam Lailatur Qadar

Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Sabah 2021 45

Malam ini merupakan malam yang didamb-dambakan oleh setiap umat musli saat bulan Ramadhan. Malam yang terdapat di salah satu dari 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini merupakan malam yang paling baik diisi oleh doa-doa yang baik dan mukjizat dapat turun di malam Lailatul Qadar.

8. Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin

Image result for pasar ramadan

Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka oleh Allah SWT seluas-luasnya. Para peniaga akan beroleh beruntung, orang yang menjadi pekerja mendapat kelebihan pendapatan dan sebagainya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah Allah SWT kemudian hikmah dan ilmu yang begitu mudah diperoleh di bulan yang mulia ini.

Wallahua’lam.