Home Aktiviti Bulan Ramadan 5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online

30
0
5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online
5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online, Pelbagai cara bayar zakat online yang boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin membayar zakat di Malaysia. Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja dan berdosa jika tidak menunaikannya. Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan cara bayar zakat online iaitu secara atas talian bagi memudahkan orang Malaysia untuk menjalankan rukun wajib ini.
Pengenalan Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
2. Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
5. Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
“Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RMXXXX.XX yang wajib bagi diriku/tanggunganku/bagi pihak pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online

(1) Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi MAE
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Log masuk ke MAE.
2. Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’.
3. Klik ‘Zakat’.
4. Pilih Badan Zakat dan jenis zakat.
5. Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
6. Masukkan nombor telefon bimbit.
7. Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’.
Contoh:

173784597 5735435536496582 6706778747814113712 n

 

(2) Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi Boost

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online 1

Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Klik ‘Zakat’ pada laman utama.
2. Klik ‘ Add New Zakat Account’ atau ikon pada atas kanan skrin.
3. Pilih Badan Zakat.
4. Klik simbol + pada bawah kanan kad Badan Zakat.
5. Masukkan nombor kad pengenalan diikuti nama penuh dan nombor telefon.
6. Pilih jenis beras.
7. Masukkan jumlah bayaran zakat.
8. Klik ‘Pay Zakat’.

 

(3) Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi CIMBCLICKS
Aplikasi CimbClicks untuk membayar zakat secara online. Anda mempunyai dua cara:
1. FPX
Anda boleh membayar melalui pilihan FPX di laman web Majlis Negeri anda.
2. Pay Bill
Langkah 1: Log masuk ke laman web CIMB Clicks › Klik ‘Pay and Transfer’ › Klik ‘Pay Bill’ atau log masuk Aplikasi CIMB Clicks › Tekan pada ‘Payments’ › Tekan pada ‘Pay Bill’
Langkah 2: Masukkan ‘Biller name’ (sila rujuk kepada ‘Pejabat Zakat’ di jadual atas)
Langkah 3: Untuk meneruskan pembayaran, anda perlu menyertakan maklumat seperti dibawah:
-Nama pembayar
-Nombor I/C
-Jenis Zakat (taip Zakat Fitrah di Aplikasi CIMB Clicks/pilih ‘Zakat Fitrah’ dari pilihan yang tertera di lawan web CIMB Clicks)
-Tahun membayar zakat
-Nombor telefon
-Alamat kediaman

94355452 132340915073372 3713666643834961920 n

(4) Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi Bank Islam, Bank Rakyat dan BSN
Melalui aplikasi pada Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank BSN, anda juga boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim. Semua aplikasi ini memudahkan pengguna untuk menjalankan rukum agama Islam ini.
94350652 132341138406683 7362315325418766336 n

94231924 132341255073338 4570233549591937024 n

94262221 132341111740019 3538345224113750016 n

 

(5) Bayar Zakat Online Melalui Aplikasi MyEG

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online 2

Aplikasi atau Portal MyEG menyediakan platform untuk membayar Zakat Fitrah. MyEG juga menyediakan kemudahan untuk proses pembayaran pelbagai jenis zakat termasuklah zakat pendapatan peribadi, zakat perniagaan (syarikat) dan Zakat Fitrah.
Related Post:-
Related Post:-
Takwim Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024 Seluruh Negeri Malaysia
Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online
Panduan Solat Sunat Terawih
Panduan Cara Solat Sunat Witir
Nota Poket Puasa Ramadhan Dan Solat Terawih
Niat Dan Info Asas Bulan Ramadhan 
Kiraan Kadar Fidyah Puasa Mengikut Negeri
Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan
Buku Ramadhan Untuk Kanak-Kanak
Cadangan Ringkas 25 Resepi Juadah Berbuka Puasa
Himpunan Poster Mewarna Ramadan
 

5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online 3


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….  5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online 4