Home Aktiviti Bulan Ramadan Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

66
0
Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan, apabila tiba bulan Ramadhan, kita semua digalakkan membaca Al Quran, setakat mana yang termampu. Sesiapa yang berkemampuan untuk khatam, itu lebih baik.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan. Semoga Bermanafaat kepada semua….

Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Untuk khatam 1 kali:
Cuma perlu baca 20 muka surat sehari
Subuh = 4 muka surat
Zohor = 4 muka surat
Asar = 4 muka surat
Maghrib = 4 muka surat
Isyak = 4 muka surat
Untuk khatam 2 kali:
Cuma perlu baca 45 muka surat sehari
Subuh = 9 muka surat
Zohor = 9 muka surat
Asar = 9 muka surat
Maghrib = 9 muka surat
Isyak = 9 muka surat
Untuk khatam 3 kali:
Cuma perlu baca 60 muka surat sehari
Subuh = 12 muka surat
Zohor = 12 muka surat
Asar = 12 muka surat
Maghrib = 12 muka surat
Isyak = 12 muka surat
Untuk khatam 4 kali:
Cuma perlu baca 90 muka surat sehari
Subuh = 18 muka surat
Zohor = 18 muka surat
Asar = 18 muka surat
Maghrib = 18 muka surat
Isyak = 18 muka surat
Berikut ialah formula, kiraan atau cara khatam Al Quran dalam bentuk visual:

Cara khatam Al Quran

Cara khatam Al Quran


Kelebihan Khatam Quran dalam Bulan Ramadhan

Kelebihan khatam Quran adalah sangat luas dan tinggi darjatnya terutamanya di dalam bulan Ramadhan. Berikut merupakan kelebihan khatam Quran iaitu:
1.Malaikat memohon keampunan untuk orang yang mengkhatam Quran
Keutamaan mengkhatamkan Al-Qur’an ialah para malaikat akan memohonkan ampun untuknya. Setiap muslim yang sentiasa membaca kitab suci ini sehingga mengkhatamkannya, maka 60 ribu malaikat akan memohonkan keampunan untuknya.
Hal ini disebut dalam salah satu hadis berikut, maksudnya:
“Ketika seorang hamba mengkhatamkan Al-Qur’an, maka di penghujung khatamnya, sebanyak 60 ribu malaikat akan memohonkan ampun untuknya” (HR. ad-Dailami).
2.Diberikan syafaat
Keutamaan mengkhatamkan Al-Qur’an ialah diberikan syafaat pada hari kiamat. Seseorang yang selalu menyibukkan diri membaca ayat-ayat suci Al-Quran maka di hari kiamat akan diberi syafaat.
Hal ini termaktub dalam salah satu hadis berikut, Rasulullah bersabda:

“Bacalah Al-Quran. Sebab, ia akan datang memberikan syafaat pada hari Kiamat kepada pemilik (pembacanya, pengamalnya)” (HR. Ahmad)

Sebagaimana riwayat Abu Sa’id dari Rasulullah SAW bahwa Allah Berfirman yang maksudnya seperti berikut:

“Siapa saja yang disibukkan dengan membaca Al-Quran, sehingga tidak sempat zikir kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya balasan terbaik orang-orang yang meminta. Ingatlah, keutamaan Al-Quran atas kalimat-kalimat yang lain seperti keutamaan Allah atas makhluk-Nya,” (HR. Al-Baihaqi)

3. Diberikan ketenangan kepada pembacanya
Seseorang yang mengkhatamkan kitab suci Al-Quran akan selalu diberikan ketenangan dalam situasi apapun. Selain itu, para malaikat juga akan melingkari dan memohonkan ampun untuknya.
Sebagaimana dalam salah satu hadit Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya .” (HR. Muslim)

4. Doa Yang Sangat Dimakbul
Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimakbulkan.  Dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Rasulullah ﷺ bersabda:

Barangsiapa yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu petang.  Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga pagi”.


Related Post:-
Takwim Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024 Seluruh Negeri Malaysia
Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online
Panduan Solat Sunat Terawih
Panduan Cara Solat Sunat Witir
Nota Poket Puasa Ramadhan Dan Solat Terawih
Niat Dan Info Asas Bulan Ramadhan 
Kiraan Kadar Fidyah Puasa Mengikut Negeri
Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan
Buku Ramadhan Untuk Kanak-Kanak
Cadangan Ringkas 25 Resepi Juadah Berbuka Puasa
Himpunan Poster Mewarna Ramadan

Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan 2