Home Aktiviti Bulan Ramadan Panduan Cara Solat Sunat Witir

Panduan Cara Solat Sunat Witir

27
0
Panduan Cara Solat Sunat Witir
Panduan Cara Solat Sunat Witir , Solat Sunat Witir adalah merupakan solat sunat yang dikenali sebagai ganjil kerana bilangan rakaatnya yang ganjil di mana solat ini diakhiri dengan satu rakaat untuk menjadikannya bilangan yang ganjil.
Ia dianjurkan solat dengan bilangan rakaat solat sunat iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat. (Paling kurang adalah satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat). Bagi solat witir ia dilakukan selepas Solat Fardu Isyak.
Apa Hukum Solat Witir?
Menjawab persoalan apakah hukum solat witir? Apakah boleh solat witir sendiri? Untuk solat witir hukumnya adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam agama Islam. Solat witir sunat dilaksanakan secara individu namun semasa dalam bulan Ramadan, pelaksanaan solat ini dituntut dilakukan secara berjemaah setelah selesai menyempurnakan Solat Sunat Tarawih berjemaah.
Terdapat juga hadis berkenaan solat witir. Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari bahawa Nabi bersabda:
“SOLAT SUNAT WITIR ITU ADALAH HAK (DISYARIATKAN) TETAPI TIDAK WAJIB. OLEH ITU, SESIAPA YANG SUKA UNTUK SOLAT SUNAT WITIR DENGAN LIMA RAKAAT, MAKA LAKUKANLAH, SESIAPA YANG SUKA UNTUK SOLAT SUNAT WITIR DENGAN TIGA RAKAAT, MAKA LAKUKANKAH DAN SESIAPA YANG SUKA UNTUK SOLAT WITIR DENGAN SATU RAKAAT, MAKA LAKUKANLAH.”

Hadis riwayat Abu Daud

 Bila Waktu Solat Sunat Witir?
Bagi mengerjakan solat sunat witir, waktunya ialah sepanjang malam usai selesai Solat Isyak sehingga terbit fajar pada waktu Subuh.
Solat seseorang itu tidak dikira sebagai sembahyang Witir jika dilaksanakan sebelum menunaikan solat Isyak sama ada solat sunat Witir itu dibuat dengan sengaja ataupun terlupa. Ia adalah kerana solat ini terkait dengan syarat iaitu wajib hanya selepas menunaikan solat Isyak.
Perkara ini dijelaskan berdasarkan riwayat Amru bin al-Ash daripada Abu Basrah al-Ghifari bahawa Baginda SAW bersabda:

“ALLAH MENAMBAH UNTUK KAMU SATU SOLAT, IAITU SOLAT WITIR. OLEH ITU SOLATLAH KAMU DI ANTARA SOLAT ISYAK SEHINGGA SOLAT SUBUH”

Riwayat Ahmad dalam Masnad Ahmad
Berbeza pula bagi orang yang menjamakkan solat Isyak bersama Solat Maghrib secara jamak taqdim (Solat Isyak dalam Waktu Maghrib), dengan itu dia boleh melakukan solat sunat Witir selepas solat jamak tersebut Walaupun ketika itu belum masuk waktu Isyak.
Jelas bahawa ini kerana syarat sah solat sunat Witir adalah mesti dilaksanakan selepas solat Isyak sahaja.
Bahagian Rakaat solat sunat witir
Berdasarkan penerangan dalam kitab al-mughni muhtaj, cara solat sunat witir dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1. Rakaat Witir Paling Minima : Paling kurang rakaat solat sunat witir ialah satu rakaat atau tiga rakaat berdasarkan pendapat sebahagian ulama Syafieyyah. Solat dilakukan secara dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi berasingan.
2. Rakaat Yang Dicadangkan : Adalah boleh dilakukan dengan lima, tujuh dan sembilan rakaat.
3. Rakaat Witir Yang Paling Sempurna : Untuk solat witir yang paling sempurna ialah dengan dilakukan sebanyak sebelas rakaat berserta mengucap salam setiap dua rakaat lalu diakhiri dengan satu rakaat.
Untuk solat witir ini adalah boleh dilakukan mengikut hak masing-masing. Perkara ini dijelaskan dalam hadis nabi SAW:

“SOLAT WITIR ADALAH HAK SETIAP MUSLIM. SESIAPA YANG MAHU SOLAT WITIR LIMA RAKAAT, LAKUKANLAH. DAN SESIAPA YANG SUKA MELAKUKAN SOLAT WITIR TIGA RAKAAT, LAKUKANLAH. DAN SIAPA YANG SUKA MELAKUKAN SOLAT WITIR SATU RAKAAT, LAKUKANLAH.”

Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud

Berapa Jumlah Rakaat Solat Sunat Witir?
Untuk rakaat solat witir adalah jumlahnya dalam bilangan ganjil. Cara solat witir ialah satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.
Untuk memudahkan memahami dalam rakaat solat sunat witir, anda boleh rujuk contoh dibawah :
1. Satu Rakaat – 1 kali satu rakaat
2. Tiga Rakaat – 1 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
3. Lima Rakaat – 2 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
4. Tujuh Rakaat – 3 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
5. Sembilan Rakaat – 4 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
6. Sebelas Rakaat – 5 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.

Panduan Cara Solat Sunat Witir

Panduan Cara Solat Sunat Witir

Kaifiat Solat Sunat Witir Dua Rakaat Pertama
Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
Bilangan rakaat Solat Witir adalah dalam bilangan ganjil iaitu satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.
Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
– Rakaat pertama – Surah Al-A’la
– Rakaat kedua – Surah Al-Kafirunn

niat solat witir

Kaifiat Solat Sunat Witir Satu Rakaat Akhir

Selepas selesai melaksanakan dua rakaat pertama dengan satu salam, hendaklah ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.
– Rakaat ketiga – Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Panduan Cara Solat Sunat Witir 1

NOTA:
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
Doa, Selawat & Wirid Antara Solat
solat sunat witir
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
solat sunat witir
Related Post:-
Takwim Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024 Seluruh Negeri Malaysia
Cara Khatam Al Quran Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
5 Cara Membayar Zakat Fitrah Online
Panduan Solat Sunat Terawih
Panduan Cara Solat Sunat Witir
Nota Poket Puasa Ramadhan Dan Solat Terawih
Niat Dan Info Asas Bulan Ramadhan 
Kiraan Kadar Fidyah Puasa Mengikut Negeri
Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan
Buku Ramadhan Untuk Kanak-Kanak
Cadangan Ringkas 25 Resepi Juadah Berbuka Puasa
Himpunan Poster Mewarna Ramadan

Panduan Cara Solat Sunat Witir 2


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….  Panduan Cara Solat Sunat Witir 3