Home Aktiviti Harian Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran

Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran

906
0
Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran
Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran, membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Ini juga berdasarkan kepada kaedah:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya: Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut juga menjadi wajib.
Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidang Al-Quran merupakan fardhu kifayah. Jika ada seorang atau sebahagian dari masyarakat telah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain. Namun, jika tiada yang mempelajarinya, maka semua menanggung dosa atas sebab meninggalkan kewajipan tersebut.
Disediakan di sini Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran Serta adab-adab ketika Membaca Al Quran…..semoga bermanafaat….

Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran

Doa Sebelum Membaca Quran

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَىَّ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَىَّ رَحْمَتَكَ وَذَكِّرْنِىْ مَانَسِيْتُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Alloohummaftah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi
Maksudnya:
” Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”

Doa Selepas Membaca Al-Quran

اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِىْ بِالْقُرْآنِ. وَاجْعَلْهُ لِىْ اِمَامًا وَنُوْرًا وَّهُدًى وَّرَحْمَةً. اَللّٰهُمَّ ذَكِّرْنِىْ مِنْهُ مَانَسِيْتُ وَعَلِّمْنِىْ مِنْهُ مَاجَهِلْتُ. وَارْزُقْنِىْ تِلاَ وَتَهُ آنَآءَ اللَّيْلِ وَاَطْرَافَ النَّهَارٍ. وَاجْعَلْهُ لِىْ حُجَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Allahummarhamnii bil qur’aani. waj’alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa’allimnii minhu maa jahiltu. wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. waj’alhu lii hujjatan yaa robbal ‘aalamiina.
Maksudnya:
” Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku ikutan cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia hujjah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam.”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran 1

 


Adab Ketika Membaca Al-Quran:

  1. Bersiwak atau membersihkan mulut
  2. Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid
  3. Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat
  4. Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah
  5. Khusyuk dan merenung makna ketika membaca
  6. Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam
  7. Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan
  8. Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru
  9. Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan
  10. Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
  11. Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)
  12. Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan
  13. Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti
  14. Menggunakan suara yang kuat
  15. Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran
Kredit : Nazmi Yaakub

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.