Home KOKO Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis

Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis

4717
0

Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis ialah dokumen yang memerincikan garis panduan khusus untuk guru-guru yang telah dilantik sebagai jurulatih dan guru pembimbing unit-unit yang dikhaskan.

Unit beruniform berfungsi mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya dapat mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.

Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama iaitu pembabitan, penyertaan dan prestasi, justeru, semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan mereka mendapatkan skor setimpal bagi penyertaan atau pencapaian dalam aktiviti berkaitan.

Muat Turun “Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis” di sini


Sila klik Buku Panduan Untuk Unit beruniform lain:-

DEFINISI UNIT BERUNIFORM

Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakanmengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

OBJEKTIF

Guru-Guru dan murid-murid akan:

  • Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah.
  • Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan.
  • Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin.
  • Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

OBJEKTIF KHUSUS

  • Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.
  • Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform.
  • Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform.
  • Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan badan beruniform di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
  • Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
  • Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun negara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH

Jenis pasukan badan beruniform yang ada di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

  • Pasukan badan beruniform agensi kerajaan
  • pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan
  • pasukan badan beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia
  • pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh pendaftar

Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang ditubuhkan di sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan Badan Beruniform ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai syarat had umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada :

  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat )
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut )
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara)
  • Pasukan Kor Kadet Polis
  • Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Pasukan Kadet Pertahanan Awam
  • Pasukan Kadet Koreksional

Pasukan Badan Beruniform agensi bukan kerajaan pula merupakan pasukan badan beruniform yang mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan ( NGO ), pasukan-pasukan ini terdiri daripada :

  • Persekutuan Pengakap Malaysia
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Persatuan Pandu Puteri
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Persatuan St. John Ambulans

Pasukan Badan Beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah.

Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah pasukan badan beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Pasukan tersebut terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) yang ditubuhkan untuk murid-murid sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-murid sekolah rendah.

Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan badan beruniform yang dikategorikan sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah pasukan pancaragam yang ditubuhkan di sekolah serta Seni Bela Diri seperti Taekwondo, Wushu, Judo, Seni Silat, Karate, Silamban dan lain-lain. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97)