Home Aktiviti Harian Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur

Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur

486
0
Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur
Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur, Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita doa-doa khusus untuk dibaca sebelum tidur yang mana ia mengingatkan kita bahawa tidur itu adalah saudara kepada kematian. Selain itu, disertakan juga amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi), semoga…bermanafaat….

Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur

Doa Sebelum Tidur

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu
Maksudnya:
” Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati “

Doa Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
 ” Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan “

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur 1

 


Adab Tidur Rasulullah

Di antara adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah :
    1. Berwuduk sebelum tidur dan selepas tidur
    2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
    3. Berbaring berlapikkan bantal
    4. Berbaring sambil mengiring ke sebelah kanan dan berzikir  (Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X) kepada Allah sehingga tidur.
    5. Jangan tidur secara meniarap
    6. Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur
    7. Membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga ‘Kul’
    8. Niat untuk bangun Tahajjud
    9. Membaca doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan syaitan, manusia dan jin sewaktu tidur
    10. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur
    11. Tutup aurat ketika tidur.

Amalan sebelum tidur yang disarankan oleh Rasulullah iaitu:

1. Berwuduk sebelum tidur, sepertimana mahu solat
2. Baring pada sisi kanan
3. Baca 3 Qul
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falak 
  • Surah An-Naas
4. Baca Ayatul Kursi
5. Solat Witir Sebelum Tidur
6. Baca doa tidur

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Sebelum Tidur Dan Doa Bangun Tidur…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.