Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0) KSSR Tahun 5… Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penjajaran kurikulum selaras dengan pengumuman pembukaan semula sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan 2021 yang dipinda. Pada ketika ini, Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi tujuan kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah pun menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 untuk panduan sekolah dan guru-guru dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan 2021 ini.
Penjajaran kurikulum ini melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran.
Berikut adalah Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 (DPK 2.0) KSSR Tahun 5 untuk seluruh mata pelajaran Tahun 5.
- DPK 2.0 Bahasa Arab Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Cina SJKC Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Cina SK Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Iban Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Inggeris SJK Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Inggeris SK Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Kadazandusun Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Melayu SJK Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Melayu SK Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Semai Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Tamil SJKT Tahun 5
- DPK 2.0 Bahasa Tamil SK Tahun 5
- DPK 2.0 Matematik Tahun 5
- DPK 2.0 Pendidikan Muzik Tahun 5
- DPK 2.0 PJ & Pendidikan Kesihatan Tahun 5
- DPK 2.0 Pendidikan Seni Visual Tahun 5
- DPK 2.0 Pendidikan Moral Tahun 5
- DPK 2.0 Pendidikan Islam Tahun 5
- DPK 2.0 Sains Tahun 5
- DPK 2.0 Sejarah Tahun 5
Di harapkan dengan adanya Dokumen Penjajaran Kurikulum ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan.