
Format Baharu SPM 2021 Dan Manual Pentaksiran Mata Pelajaran… Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat, pada tahun 2020.
Pengenalan pakej mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) itu menyebabkan berlakunya perubahan dalam format peperiksaan SPM 2021.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1/2020 bertarikh 21 Februari 2020 telah mengambil maklum Format lnstrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
mulai Tahun 2021 bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).