Home Artikel Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6

Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6

17285
0
Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6

Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6 – Tingkatan 6 merupakan salah satu jalan pintas masuk universiti di samping matrikulasi dan asasi. Tingkatan 6 akan menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) iaitu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan badan berkanun yang sama mengelolakan MUET (Malaysian University English Test). Silibus yang berbeza dengan peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PMR sekarang PT3, dan SPM yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Artikel ini akan menyenaraikan Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6. Penerangan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang telah dihadapi oleh pelajar yang mengambil STPM.

Semoga artikel Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6 ini memberi bermanfaat untuk mereka yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 dan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STPM/STAM)

KELEBIHAN

1. Peluang Menyambung Pembelajaran yang amat Tinggi

Lepasan STPM mempunyai peluang yang amat tinggi untuk menyambung pembelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). Ini adalah kerana adanya kouta khusus untuk pelajar lepasan STPM yang disediakan oleh pihak IPTA dan peluangnya adalah amat tinggi. Yang penting jaga ‘pointer’ agar memudahkan mereka mendapatkan bidang yang diminati.  Hanya perlu pointer CGPA 2.8 hingga 3.0 minimum.

2. Kos Pengajian Yang Lebih Rendah

Kos pengajian yang lebih rendah amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pengajian. Kos pengajian hanya melibatkan yuran pengajian dan juga melibatkan kerja-kerja kursus. Jika ingin dibandingkan dengan kos pengajian peringkat diploma, ianya lebih tinggi. Sebagaimana yang kita maklum, selain kos pembelajaran pelajar juga terpaksa menanggung kos penginapan, pakaian, sara hidup dan sebagainya. Kesannya, sesetengah pelajar perlu membuat pinjaman atau lain-lain. Bagi pelajar-pelajar STPM mereka akan disediakan asrama dan perkara ini akan dapat mengurangkan sedikit bebanan.

3. Tingkatan 6 Setaraf Diploma

Image result for DIPLOMA    STPM ini adalah setaraf dengan diploma (A-Level). Hal ini akan membantu dalam mendapatkan pekerjaan setaraf dengan lulusan diploma. Untuk pengetahuan semua, sijil ini amat laku di negara-negara yang mengiktirafnya. Sebagai contoh, sijil ini amat berguna jika mereka ingin bekerja di Singapura. Hal ini memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Jadi, tidak perlu risau, jika tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana mereka akan memperoleh pekerjaan yang baik berdasarkan sijil yang diperolehi.

4. Berpakaian Bebas / Kasual

Image result for kelas tingkatan 6  Bermula tahun 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan seluruh pelajar Tingkatan 6 memakai pakaian kasual, tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian mereka. Mereka juga dibenarkan memakai baju batik di bawah langkah transformasi kementerian untuk “menjenamakan semula” sistem pendidikan Tingkatan 6.

Pihak sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan 6 mengikut pakaian standard, malah pelajar lelaki mulai sesi 2015 akan dibenarkan memakai baju dan seluar warna cerah tetapi tidak boleh ada corak bunga atau rekaan lain. Pelajar bebas untuk memilih warna baju mereka, hanya perlu memastikan tidak mempunyai corak.

Walaupun tidak dinyatakan di dalam arahan itu, pelajar Tingkatan 6 masih boleh memakai uniform sedia ada manakala panjang seluar perlu melebihi buku lali dan tidak ketat selain dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’ tidak boleh lebih lima sentimeter.

Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut, tetapi seluar jenis jeans, seluar kargo, seluar pendek atau celana ketat tidak dibenarkan sama sekali sama ada untuk semua pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar masih dilarang memakai baju-T jika datang ke kelas, bahkan pelajar perempuan tidak dibenar memakai pakaian ketat dan pelajar lelaki wajib memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut menutupi kaki mereka. Ini bermakna selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan manakala bagi aktiviti luar, pelajar digalak memakai seluar panjang atau seluar trek dan baju-T lengan panjang atau pendek tanpa imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.

5. Tempoh Pengajian Satu Tahun Setengah

Tempoh pembelajaran yang tidak terlalu lama akan membantu pelajar yang ingin cepat menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika ingin menyambung diploma, mereka perlu menempuhi 3 tahun untuk menamatkan pengajian.

Oleh itu, Tingkatan 6 merupakan salah satu institusi (fast trek) yang dapat membantu pelajar dalam proses yang lebih cepat untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

6. Disediakan Biasiswa daripada Pihak Swasta Dan Kerajaan

Bagi pelajar Tingkatan 6. Biasiswa turut disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tempoh pengajian bagi mengurangkan beban pelajar untuk tidak perlu membuat pelbagai pinjaman.

Mereka turut menerima biasiswa dengan menerima bayaran Rm250 dalam masa 2 bulan dari pihak kerajaan dan juga pihak swasta.


Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6 3


KEKURANGAN

1. Suasana Pembelajaran Sama Seperti Di Sekolah

Mengikut waktu persekolahan mereka akan mula melakukan sesi pembelajaran pada waktu 7.25 pagi. Jika di universiti, kebiasaanya kita akan memulakan sesi kuliah seawal pukul 8.00 pagi, malah ada yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan kebiasaanya jadualnya tidak terikat. Kebanyakan tingkatan 6 masih di sekolah harian biasa bersama pelajar tingkatan lain.

2. Sukar Untuk Menyesuaikan Diri Dalam Suasana Peringkat Pengajian Tinggi

Bergantung pada seseorang… ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri di universiti dan adakalanya pelajar sukar untuk menyesuaikan suasana di Peringkat Pengajian Tinggi. Tetapi dari segi tugasan, ia tidaklah jauh berbeza dengan Tingkatan 6.

Mungkin mereka agak kekok dengan suasana untuk menyesuaikan diri dan mempunyai masalah ketika mula-mula berada di Peringkat Pengajian Tinggi. Perkara ini dapat mereka adaptasi selama 2 minggu dengan menyertai pelbagai program dan aktiviti – aktiviti baru yang menarik ditawarkan. Hal ini permudahkan mereka untuk suaikan diri dalam suasana di sini.

3. Dikatakan Low Standard

Dikatakan pelajar yang mengambil STPM rendah tarafnya. Perkara ini yang selalu meracuni para pelajar yang ingin melajutkan pembelajaran ke Tingkatan 6. Pemikiran inilah yang perlu dihadapi oleh mereka yang dianggap  rendah tarafnya oleh masyarakat yang tidak berpengetahuan.

Mereka perlulah sentiasa cuba mempositifkan diri dalam menguruskan perkara ini. Sepertimana yang telah diterangkan, Tingkatan 6 adalah pembelajaran yang setaraf Diploma (A-level). Malah, terdapat juga kajian yang menunjukan bahawa peperiksaan Tingkatan 6  di Malaysia merupakan peperiksaan yang paling susah di Asia Tenggara.

Oleh itu, mereka tak perlu risau atau hirau dengan apa yang diperkatakan orang yang ingin menjatuhkan semangat mereka untuk melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan 6.

4. Persekitaran Terganggu Dengan Para Pelajar

Perkara ini biasa yang perlu dihadapi ketika berada di Tingkatan 6, mereka terpaksa bersama-sama pelajar arus perdana untuk belajar. Kadang-kadang mereka akan merasa terganggu dengan sikap para pelajar arus perdana.

Di kalangan mereka pasti dilantik menjadi pengawas sekolah, malah ada yang menjadi ketua pengawas. Maka mereka terpaksa memikirkan masalah para pelajar. Kesannya, mereka akan terganggu dengan perkara ini.

Oleh itu, persediaan dari segi mental, fizikal dan rohani perlu diutamakan bagi memastikan mereka semua dapat membezakan masalah pelajar dan juga pelajaran. Perkara ini akan membuatkan mereka lebih matang daripada pelajar-pelajar arus perdana.

5. Kemudahan Yang Disediakan Tidak Setaraf Dengan Peringkat Pengajian Tinggi

Perkara yang menjadi masalah kepada pelajar Tingkatan 6 adalah sekolah tertentu sahaja yang telah dinaiktaraf. Namun, terdapat juga sekolah-sekolah yang masih daif dan kurang dari infrastruktur yang disediakan.

Hal yang demikian, amat menyukarkan pelajar Tingkatan 6 untuk melakukan tugasan yang diberikan. Antara masalah yang dihadapi ialah kemudahan komputer, print, wifi dan juga infrastruktur pembelajaran. Hal ini boleh menyukarkan para pelajar dan secara tidak lansung mengurangkan rasa minat untuk menyiapkan tugasan dan belajar.

Oleh itu, bagi mereka yang semua sanggup mengharungi segala kesusahan ini akan membantu mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kerana, mereka akan cuba sedaya upaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hal ini sedikit sebanyak membantu mereka ketika berada di Peringkat Pengajian Tinggi nanti.

6. Peluang Terakhir

Di Tingkatan 6 pelajar perlu belajar  dengan bersungguh-sungguh dan kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang boleh memudaratkan diri. Hal ini kerana peperiksaan yang akan dihadapi agak sukar dan mempunyai soalan-soalan sangat ‘strict’. Oleh itu, pelajar perlu berusaha bersungguh-sungguh dan berkat doa, usaha dan tawakal pada Allah S.W.T agar hati tenang dan urusan dipermudahkan dalam membuat persediaan peperiksaan yang bakal dihadapi bagi mencapai kejayaan ke Peringkat Pengajian Tinggi kelak.

KESIMPULAN

Semoga artikel “Kelebihan Dan Kekurangan Tingkatan 6” ini dapat memberi sedikit panduan kepada ibubapa dan pelajar-pelajar lepasan SPM untuk membuat pilihan sewajarnya kemanakah seharusnya mereka tuju untuk melanjutkan pelajaran seterusnya….

Related Post :