
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. Di sini disediakan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru dan semua ibubapa yang terlibat dengan SPM pada tahun ini.
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasiatau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018
Jadual peperiksaan SPM (draf) ini menyatakan tarikh peperiksaan (exam date), masa peperiksaan dan subjek / mata pelajaran. Sila klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar dan jelas.
Jadual waktu peperiksaan SPM 2018 berikut adalah draf. Jadual ini akan dikemaskini sebaik sahaja jadual rasmi diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan
- JADUAL 19, 21 DAN 22 HB NOVEMBER 2018
- JADUAL 26, 27, 28 DAN 29 HB NOVEMBER 2018
- JADUAL 3, 4 DAN 5 HB DISEMBER 2018
- JADUAL 6 HB DISEMBER 2018
- JADUAL 10, 12 DAN 13 HB DISEMBER 2018
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2018
BAHAGIAN A
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) – ARAHAN AM
Pihak JPN hendaklah:
- memastikan sekolah mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon sekolah.
2. mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon persendirian.
3. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan
dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 sebelum peperiksaan.
4. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas
peperiksaan yang ditawarkan pada tahun semasa.
5. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan
2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (2010).
BAHAGIAN B
PENGETUA – ARAHAN AM
Pengetua hendaklah:
1. mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 kepada semua
calon sekolah.
2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan
dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 sebelum peperiksaan.
3. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab Kertas
Peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.
4. merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:
1. memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan SPM 2018 dimaklumkan kepada calon.
2. meminta semua calon untuk memeriksa dan memastikan calon tidak membawa
masuk bahan-bahan terlarang seperti yang termaktub dalam Bahagian D: 7.
Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.
3. mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas,
nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
4. membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
5. mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018.
6. mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di sebelah atas.
7. mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan
calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
8. mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang
tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan.
9. memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor
sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
10. memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada
borang LP/Am 29 – Pin. 1/2013 akur dengan bilangan calon dalam Jadual
Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.
11. menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 – Pin. 1/2017 sekiranya calon
melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7. Larangan di
Dewan/Bilik Peperiksaan.
12. memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 – Pin. 1/2017 sekiranya calon melanggar
sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik
Peperiksaan.
13. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan
2010).
BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah
diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2018.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Perakuan Pengenalan Diri dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
2.4 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki
sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2018 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran.
3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
3.1 menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada
muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN
Calon hendaklah:
4.1 menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan.
4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).
4.3 menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan
yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
4.5 menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera
pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.
4.6 memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan telah ditulis dengan betul pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan seperti Buku Jawapan (BJ) dan HT apabila diarah berhenti menulis.
4.7 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan
sebelum diikat bersama kertas peperiksaan atau BJ.
4.8 berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan
dikumpul semula oleh Pengawas.
5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN
JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.
5.3 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab
kertas peperiksaan yang berkenaan.
5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi
keseluruhan ruang.
5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk
memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon
dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau
seumpamanya.
5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.
5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki
pada Kertas JOB dan JOTB.
6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon tidak dibenarkan:
6.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang
telah digunakan.
6.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan
10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran
Ketua Pengawas Peperiksaan.
6.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum
peperiksaan tamat.
6.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
6.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
6.6 merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
Calon dilarang:
7.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota
badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas,
Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti
elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat
tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
7.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di
dewan/bilik peperiksaan.
7.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga
boleh dibaca oleh calon lain.
7.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang
lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara
sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam
peperiksaan.
7.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
7.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan.
7.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
7.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
7.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.
7.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun
yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
7.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
8. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7.
Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan
calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku
ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa
salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga
Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan
tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya
penyiasatan;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan
diisytiharkan terbatal.
BAHAGIAN E
ARAHAN KHAS
JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A
dan Kategori B.
Kategori A: Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecacatan, Spastik/Cerebral Palsy,
Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia, Cacat Anggota
dan Kemalangan.
1. Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak
boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).
Kategori B: Calon Pekak/Bisu
AMARAN PEPERIKSAAN
Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:
1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik,
akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan
beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan
walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.