Kerajaan bakal perkenal pembelajaran pakar dari ‘disk’ dan ‘thumb drive’ – Dr Mahathir

0
276
DR MAHATHIR: Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer. - Gambar Astro AWANI
DR MAHATHIR: Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer. - Gambar Astro AWANI

Jakarta: Kerajaan akan mencari jalan memperkenalkan sistem pendidikan yang menggunakan konsep tayangan oleh pakar yang dimasukkan di dalam  ‘disk’ atau ‘thumb drive’.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penuntut akan mengikuti pengajian daripada pakar-pakar berkenaan selain guru akan menjadi fasilitator dalam setiap kelas.

“Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer.

“Zaman itu kita masih bergantung harap guru dan kita dapati guru-guru bukan semua sama cekap atau sama pandai.

Dengan cara itu jelas Dr Mahathir, setiap penuntut akan mendapat pelajaran pakar yang sama selain menerima pelajaran terbaik yang dapat diguna semua penuntut sekolah.

“Di masa sama, kita kaji sistem pendidikan di negara lain, kita dapati umpamanya di Jepun dan Jerman memang cukup berjaya.



“Mereka dapat mengeluarkan penuntut cekap yang boleh ambil bahagian dalam industri, kerana mereka terlatih dalam bidang ini,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang sistem sekolah yang menggunakan pelbagai bahasa, Dr Mahathir berkata, kemungkinan ia akan ditambah kepada sekolah untuk suku kaum di Sabah dan Sarawak.

“Sekolah pelbagai kaum, hendak dapat perpaduan sukar, jadi kita rancang hendak adakan sekolah berlainan bahasa ini di atas satu kampus, jadi ada tiga sekolah dalam satu kampus, yang guna bahasa kebangsaan, Cina, Tamil dan masing-masing.

“Tetapi dalam aktiviti lain seperti sukan, perhimpunan pagi, mereka akan berada bersama dan  bahasa nasional akan digunakan.

“Inilah cara kita kerana kita tidak mampu hapuskan sekolah-sekolah tiga bahasa ini melaunkan rakyat sendiri mintak dan mereka sanggup hendak pakai satu bahasa untuk semua sekolah ini.

Tambahnya, usaha perpaduan akan menjadi lebih mudah seandainya ia menjadi kenyataan.

Astro Awani | Jun 28, 2018 23:23 MYT