Home SAPS Pemakluman Pengoperasian Semula Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Pemakluman Pengoperasian Semula Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

928
0
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah diguna pakai semenjak 7 Jun 2011 telah diberhentikan pengoperasiannya pada 9 Jun 2018 atas faktor keselamatan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan sistem. Walau bagaimanapun, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan dibuka semula pada 30 Jun 2018 bagi membolehkan guru-guru melakukan pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) di peringkat sekolah dilaksanakan. Namun begitu akses kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini hanya dibuka untuk modul guru sahaja. Modul ibu bapa masih lagi ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Pemakluman Pengoperasian Semula Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 1

Semua sekolah akan menerima kata laluan baharu (sementara) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mengakses SAPS. Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab untuk memastikan semua guru yang menggunakan SAPS menukar kata laluan sementara ini sebelum membuat pengisian markah bagi memastikan keselamatan data SAPS.


Pemakluman Pengoperasian Semula Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 2


Sehubungan dengan itu, pihak JPN perlu mamaklumkan kepada semua PPD dan sekolah tentang pengoperasian semula SAPS dan kata laluan yang baharu bagi mengakses sistem tersebut. JPN juga perlu mengingatkan pihak sekolah bahawa semua urusan pengisian markah PPT hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 14 Julai 2018.

Sekian terus menyokong kami di Gurubesar.my

Jangan lupa juga menyertai kami di Telegram l Facebook l