
Definisi SSO
SSO Single sign on Kementerian Pelajaran Malaysia ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini , seseorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk berasingan untuk setiap sistem
Login URL SSO Single Sign On KPM

URL untuk SSO Single Sign On KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
Cara Pendaftaran Untuk Kali Pertama & Login SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia
Cara guna Single Sign One KPM
Sebenarnya, sangat mudah untuk menggunakan SSO KPM ini. Tidak perlu buat apa-apa, hanya perlu klik pautan di bahagian menu sebelah kiri dan tunggu sehingga anda berjaya masuk ke dalam sistem yang dikehendaki.
Berikut ialah contoh untuk login eOperasi KPM:
- Sila login SSO KPM terlebih dahulu https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
- Selepas berjaya login, klik Menu di sebelah kiri
- Di bahagian menu sebelah atas, klik LOG MASUK
- Akan keluar satu popup di sebelah kanan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Klik Pengurusan Guru
- Klik eOperasi
- Akan ada satu tetinggkap baru yang terpapar
- SSO KPM ada cuba login
- Tunggu sehingga selesai proses loading
- Jika semuanya berjalan lancar, akan akan berjaya login ke dalam eOperasi KPM tanpa perlu masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan
- Tidak perlu mengingat banyak username dan password.
- Tidak perlu pening mencari laman web, taip di google tapi tidak keluar web portal sebenar.
- Menjimatkan masa anda.
- No. Kad Pengenalan
- Kata Laluan
- Pengurusan Sekolah
- Pengurusan Guru
- Pengurusan Murid
- eMIS
- eBantuan
Pengurusan Guru
Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam SSO KPM.
- eOperasi
- eGraduan
- ePrestasi
- ePangkat
- eGTukar
- SMPP
- eProfil
- ePKM
- Program Transformasi Minda
- ePelepasan
- eSPBT
- SPLKPM
- Tatatertib
Pengurusan Murid
Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam menguruskan murid melalui SSO KPM.
- SSDM
- S3P Asrama
- Sekolah Kawalan
- Matrikulasi
- eSARANA
- ePKHAS
- eRPI
- PAJSK
- SMPK
- Daftar UPSR
- SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik
- APDM
- s3p-Asrama
- SAPS
- SSDM
HelpDesk SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Pengguna boleh hantar emel kepada [email protected] atau mengisi borang laporan isu di https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
2. Pihak KPM akan berusaha untuk menangani isu yang dibangkitkan.
FAQ
1. Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO KPM melalui URL asal (laman utama) mereka?
Jawapan: Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan
URL tersebut.
2. Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang sama tanpa melalui laman SSO KPM?
Jawapan: Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO KPM tidak boleh digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.
3. Adakah SSO KPM boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke sesuatu sistem?
Jawapan: Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO KPM hanya terhad kepada pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan sistem yang terlibat sahaja.
4. Bagaimanakah pengguna luar seperti ibu bapa dan wakil badan berkanun dapat mengakses sistem terlibat?
Jawapan: Pengguna luar KPM boleh mengakses sistem melalui laman utama atau URL asal sistem tersebut.
5. Adakah SSO akan terus dibangunkan untuk sistem KPM lain?
Jawapan: Ya. KPM akan membangunkan ciri SSO KPM untuk sistem lain yang akan dikenalpasti dan makluman berkenaan perkara ini akan dibuat melalui laman SPS dari semasa ke semasa.
6. Apakah pelan tindakan KPM untuk penambahbaikan SSO KPM?
Jawapan: KPM akan memantau isu dan masalah yang dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan versi beta dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
7. Bagaimanakah pengguna boleh berhubung dengan KPM sekiranya pengguna ingin membuat aduan atau pertanyaan berkenaan penggunaan SSO KPM?
Jawapan: Sila rujuk ke bahagian Helpdesk SSO KPM di mukasurat 13.
Related Post :
- eOperasi Login Modul Pengurusan Guru
- Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa 2020 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Login SGMY Sistem Guru Malaysia
- Login APDM eKehadiran
- Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
- Login PAJSK – KPM