Home Soalan PT3 Latihan Topikal PT3 Akidah Tingkatan 1

Latihan Topikal PT3 Akidah Tingkatan 1

4732
0

Latihan Topikal PT3 Akidah Tingkatan 1. Kali ini admin ingin kongsikan Modul Latihan khusus  untuk persediaan para pelajar tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PT3 tak lama lagi. Modul Latihan juga didatangi lengkap dengan skema jawapan dan permarkahan

Modul Latihan ini dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam tingkatan satu, dua dan tiga. Secara keseluruhan, terdapat 19 modul latihan topikal dan dibahagikan mengikut tahap kepada 6 bahagian iaitu bahagian Tilawah & HadisAkidahIbadatSirahAkhlak dan Hafazan & Jawi.

Sumber : Ustaz Mohd Rafidi Bin Mohd Ali, SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak

 

TAJUK

 

SOALAN DAN SKEMA

 

 

 Latihan Topikal PT3 Akidah Tingkatan 1

 

 

Latihan Topikal PT3 Akidah Tingkatan 1 1


Related Post :-

Pendidikan Dalam Islam

Pendidikan Islam ialah satu proses mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.

Sistem pendidikan dalam Islam bukan hanya menekankan aspek pemindahan maklumat dan ilmu semata-mata, bahkan ia memberi keutamaan ke arah mendidik generasi menjadi insan yang cemerlang. Islam menekankan aspek pendidikan insan bagi memastikan generasi yang terdidik mempunyai sifat dan syahsiah yang baik. Setiap manusia mestilah dididik agar menjadi manusia yang sempurna. Manusia dinamakan manusia kerana ia
mempunyai sifat kemanusiaan. Sifat kemanusiaan tidak sama dengan sifat kebinatangan. Potensi yang ada pada manusia mestilah dibangunkan secara bersepadu, bukan semata-mata seimbang.

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat dititik beratkan oleh Islam. Ia tergambar dalam bentuk ayat pertama al-Quran yang diturunkan. Lebih jelas lagi ialah pemaparan yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulmiddinnya khususnya dalam bab `kitab al-Ilmu’ [ Kitab / Bab ilmu]. Pendidikan bukan sekadar pemindahan maklumat dari seorang guru kepada murid bahkan ia merupakan suatu proses untuk membentuk insan yang cemerlang menurut kacamata atau ajaran Islam.

Kecemerlangan di dalam Islam mempunyai perspektif yang berbeza berbanding dengan Barat. Individu yang cemerlang adalah individu yang dapat melaksanakan tugasnya sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam iaitu sebagai hamba dan juga sebagai Khalifah Allah dalam erti yang dihuraikan oleh praktikaliti Rasulullah [s.a.w.], para sahabat dan para ulamakulamak pewaris Rasul. Setiap individu yang berjaya menjalankan fungsi di atas dengan baik akan disebut sebagai insan rabbani. Untuk mencapai tahap sedemikian, maka sistem pendidikan juga tatacara pengajaran mestilah berteraskan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah [s.a.w].

Setiap manusia dijadikan dari dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani. Di samping itu manusia juga dianugerahi dengan akal dan nafsu. Kertas ini percaya bahawa ke empat empat komponen ini (Rohani akal, emosi dan jasmani ] mestilah diseimbang dari segi konteks dan disepadukan dari sudut pendekatan. Kesepaduan unsur-unsur di atas mampu mewujudkan manusia yang sempurna dan ia menjadi matlamat sistem pendidikan dalam Islam. Pendidikan yang tidak sepadu sebagaimana acuan Barat hanya mampu mewujudkan
manusia yang intelek dan cerdik tetapi tidak mampu menghasilkan manusia yang bijaksana. Kecerdikan hanyalah terletak pada kemampuan daya fikir seseorng tetapi tidak menjamin ia menjadi seorang yang baik dan bijak.

Sistem pendidikan di dalam Islam menekankan aspek pembangunan Insan. Pembangunan insan bermaksud manusia dibangunkan dengan sifat-sifat kemanusian sesuai dengan fitrah kejadiannya . Setiap manusia dijadikan dengan komposisi yang sama iatu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pendidikan Islam menekankan bahawa ke empat-empat eleman tersebut mestilah dibangunkan secara bersepadu. Pengabaian terhadap salah satu dari aspek di atas akan menyebabkan berlakunya kepincangan di dalam masyarakat.