Home Artikel Modul Sivik Prasekolah

Modul Sivik Prasekolah

3933
0
Modul Sivik Prasekolah

Modul Sivik Prasekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid yang dapat memainkan peranan, hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendidikan berkaitan hak dan tanggungjawab bertujuan membentuk murid ke arah warganegara yang bersatu padu, patriotik serta boleh menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat negara dan global.

Modul ini juga memfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diharap dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika tinggi serta hidup dalam semangat perpaduan dan cinta akan negara. Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini
membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian serta memberi sumbangan kepada masyarakat.

Modul Sivik Prasekolah digubal berasaskan empat nilai teras, iaitu:

Hormat- menghormati

Melahirkan warganegara yang takzim dan menghargai satu sama lain yang berbeza latar belakang, bangsa, agama, budaya serta mampu meraikan persamaan dan perbezaan.

Kasih Sayang

Melahirkan warganegara yang sayang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan global serta memiliki jati diri, mementingkan kedaulatan negara dan cinta akan tanah air.

Bertanggungjawab

Melahirkan warganegara yang amanah, rajin, ikhlas, berdisiplin, beretika, berintegriti dan beradab tinggi serta mengamalkannya.

Kegembiraan

Melahirkan warganegara yang sejahtera dari aspek kesihatan, emosi dan pertumbuhan.

SILA MUAT TURUN  MANUAL : 


Modul Sivik Prasekolah 1


SOALAN LAZIM

1. Mengapakah PdP sivik perlu dilaksanakan di prasekolah?

PdP sivik dilaksanakan di prasekolah untuk memastikan murid diberi bimbingan amalan nilai teras supaya dapat dibudayakan dalam kehidupan harian sejak awal lagi.

2. Bagaimanakah penulisan RPT dan RPH bagi PdP sivik?

PdP sivik ini ditulis di ruangan catatan dalam RPT dan RPH (kandungan dan nilai teras).

3. Adakah exemplar mesti digunakan semasa PdP?

Exemplar boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdP sivik di prasekolah.

4. Adakah PdP sivik tertakluk kepada penggunaan bahasa instruksional?

PdP sivik tertakluk kepada penggunaan bahasa instruksional dalam jadual waktu.

5. Apakah bahan sumber yang boleh digunakan untuk PdP sivik?

Bahan sumber sedia ada boleh digunakan, antaranya ialah buku besar, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan Reduce, Reuse, Recycle (3R) Merentas Kurikulum Prasekolah (http://www.swcorp.gov.my/modul-3r/) serta bahan lain yang bersesuaian.

6. Bagaimanakah pentaksiran PdP sivik dilaksanakan?

Pentaksiran PdP sivik dilaksanakan berdasarkan perancangan dan pemerhatian secara berterusan berpandukan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam KSPK (Semakan 2017).

7. Bagaimanakah bacaan doa dilaksanakan?

Bacaan doa boleh dilaksanakan untuk semua murid mengikut agama iaitu doa untuk murid Islam dan bukan Islam.

8. Adakah PdP sivik pada Perbualan Awal perlu dilaksanakan pada hari yang sama dengan PdP sivik bagi Aktiviti Pembelajaran?

PdP sivik di prasekolah bagi Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.

KESIMPULAN

Modul Sivik Prasekolah dibina berasaskan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Penerapan nilai teras ini dilaksanakan dalam Pembelajaran Bersepadu iaitu semasa Perbualan Awal dan Aktiviti Pembelajaran. Bagi mengukuhkan penerapan nilai teras dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah
perlu memainkan peranan sebagai suri teladan (role model). Selain itu, ibu bapa dan anggota masyarakat perlu dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program sekolah. Penerapan nilai teras ini diharap dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan
tanggungjawab bermula dari prasekolah.

Related Post :