Home Artikel Muat Turun Buku Iqra’ 1 Hingga 6

Muat Turun Buku Iqra’ 1 Hingga 6

1026
0
Muat Turun Buku Iqra' 1 Hingga 6

Muat Turun Buku Iqra’ 1 Hingga 6 … Kaedah atau teknik Iqra’ ini memberi maksud membaca Al-Quran dengan cepat secara membunyikan terus huruf-huruf Hijāiyyah yang berbaris tanpa perlu mengejanya terlebih dahulu berpandukan kepada kaedah penulisan Rasm Uthmāni. Kaedah ini boleh juga dikatakan sebagai salah satu cara untuk mempelajari alQuran dari segi mengenal bunyi dan membaca al-Quran secara pantas.

Jangkaan bagi seseorang pelajar dapat mengenal dan membaca huruf-huruf Hijāiyyah al-Quran berdasarkan teknik ini adalah dalam masa di antara 3-6 bulan bagi kanak-kanak yang
berumur 4-5 tahun.

SilaKlik’ Untuk Muat Turun Buku Iqra’ 1 hingga 6

Muat Turun Buku Iqra’1
Muat Turun Buku Iqra’2
Muat Turun Buku Iqra’3
Muat Turun Buku Iqra’4
Muat Turun Buku Iqra’5
Muat Turun Buku Iqra’6

12 Ciri Istimewa Iqra’ Buatkan Ia Mudah Dipelajari

Kaedah Iqra’ adalah satu kaedah mempelajari Al-Quran yang terkenal hari ini. Kaedah ini dihimpunkan di dalam 6 jilid buku nipis yang kecil untuk mereka yang mahu belajar Al Quran. Ternyata, kaedah ini amat mesra kanak-kanak juga orang dewasa.

Mengapa kaedah ini popular bagi mereka yang mula belajar Alquran?

1. Bacaan terus/langsung

Bacaan secara langsung melalui Iqra’ membuatkan pembaca terus mengenal bunyi mengikut tanda bacaan. Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung.Ini membuatkan mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.

2. Penggunaan teks tertentu

Setiap jilid telah diasingkan mengikut tahap mudah baca kepada 6 buku yang berasingan. Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza warna untuk menarik minat si pembaca.

3. Teknik dorongan dan pujian

Iqra ini dijadikan mudah agar ia senang difahami dan pembaca Al-Quran menjadi yakin untuk belajar dari hari ke hari. Setiap muka surat diatur mengikut tahap mudah, agar semua orang dapat melepasinya dan layak mendapat pujian setiap kali mereka mambaca.

4. Talaqqi Musyafahah

Iqra’ ini telah memecahkan huruf demi huruf untuk dipelajari.Ini mengukuhkan lagi bacaan. Kerana guru mengaji cenderung untuk fokus mengajar setiap makhraj dengan betul apabila menggunakan kaedah iqra’ ini.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu:

Pencapaian setiap pembaca bergantung kepada usaha dan kebolehan diri sendiri juga sokongan padu tenaga pengajar.

Yang cekap akan beralih kepada buku baru, yang kurang mahir akan teruskan pembacaan sehingga lancar.

6. Tenaga Pembimbing/Pembantu:

Untuk menjadikan pembacaan iqra’ lebih efektif, guru pembimbing perlu ada untuk setiap murid yang mahu belajar. Disarankan seorang guru untuk mengajar maksima 5-6 murid sahaja. Cara itu membuatkan guru dan murid lebih fokus dan cepat pandai belajar Al-Quran.

7. Latih tubi

Latihan demi latihan, itu adalah kunci kejayaan kaedah ini. Iqra’ dijadikan mudah dan ringan untuk diulang bacaan di mana sahaja. Iqra’ dicipta agar semua orang mampu membaca Al-Quran.

Teori tajwid tidak dimasukkan sekali di dalam buku-buku ini kerana tidak mahu mengelirukan pembaca. Apabila sudah tamat membaca semua buku-buku Iqra’, baru ilmu tajwid akan diajar untuk mengukuhkan lagi bacaan mereka.

8. Sistematik

Huruf-huruf di dalam buku Iqra’ sengaja disusun secara lengkap, sempurna dan terancang. Dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf tunggal. Seterusnya memperkenalkan huruf-huruf sambung,

Huruf yang dibaca dengan panjang, sehingga menjadi ayat-ayat yang lebih panjang dan bermakna. Struktur susunan huruf di dalam buku iqra’ ini cukup sistematik membuatkan ianya mudah difahami dan dibaca.

9. Komunikatif

Buku ini mesra kanak-kanak. Disusun secara rapi, dari mudah hingga ke tahap lebih tinggi secara berperingkat membuatkan kanak-kanak tidak takut untuk mencuba dan terus berusaha membaca.

Selain itu, kanak-kanak telah diperkenalkan dengan bacaan panjang dan pendek dari awal lagi. Ini membuatkan bacaan mereka lebih lancar ketika membaca Al-Quran kelak.

10. Fleksible dan Mudah alih

Boleh dibawa ke mana sahaja. Buku iqra’ ini nipis dan bersaiz buku poket membuatkan ia boleh dibaca di mana sahaja.

Tua atau muda. Ia sesuai untuk semua, tidak kira bangsa atau negara.

11. Menanam sifat keyakinan diri murid-murid dan membina kemahiran serta kepimpinan

Cara ini dilakukan dengan murid yang pandai akan membantu dan mengajar kumpulan murid yang lemah. Cara ini juga secara tidak langsung dapat mendidik kemahiran memimpin dan mempunyai sikap bertanggungjawab ke dalam diri murid-murid.
Secara tidak langsung, murid yang lemah juga lama-kelamaan akan berusaha supaya mereka dapat menjadi murid yang pandai.

12. Menambah perbendaharaan bahasa dengan cepat

Kaedah ini boleh juga menambah perbendaharaan bahasa dengan cepat samada huruf atau perkataan dengan cara menyambung huruf-huruf Hijāiyyah dengan yang lain seterusnya membentuk tulisan.

Ini merupakan satu tahap yang paling susah yang perlu dilalui oleh murid dalam mempelajari Bahasa Arab secara umumnya dan mempelajari bacaan al-Quran secara khususnya. Melalui kaedah ini juga akan dapat memberi peluang kepada murid-murid
mengumpulkan perbendaharaan kata melalui hafalan huruf dan perkataan serta mampu membacanya dengan cara yang betul.