Home Artikel Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak

Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak

76741
0
Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak

Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak.  Koleksi cerita kanak-kanak ini adalah berformatkan PDF dan mempunyai grafik yang menarik. Sesuai untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) bagi murid-murid khususnya murid Tahap 1. Untuk makluman anda semua, nilai murni dan pengajaran turut disertakan dalam setiap kisah kanak-kanak ini. Selamat memuat turun cerita kanak-kanak ini. Semoga entri Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak 5

Cerita Kanak-Kanak Hutan Ku Sayang

Koleksi Cerita Kanak-Kanak Siri 1

Koleksi Cerita Kanak-Kanak Siri 2

Cerita Kanak-Kanak Semut Mangalahkan Gajah

Cerita Kanak-kanak Bangau Menipu Ikan

Cerita Kanak-kanak Belalang dengan Semut

Cerita Kanak-kanak Burung Gagak dan Ketitir

Cerita Kanak-kanak Damak Raja Bohong I

Cerita Kanak-kanak Damak Raja Bohong II

Cerita Kanak-kanak Guri Emas

Cerita Kanak-kanak Katak Betina yang Sombong

Cerita Kanak-kanak Katak Puru dengan Lembu

Cerita Kanak-kanak Pokok Bunga Misteri

Cerita Kanak-kanak Sang Buaya Ditimpa Pokok

Cerita Kanak-kanak Si Bongkok yang Lupa Diri

Cerita Kanak-kanak Tali Pinggang Raja Sulaiman

Cerita Kanak-Kanak Tiga ekor Ayam

Cerita Kanak-kanak Tikus Bermesyuarat

Cerita Kanak-Kanak Tiong Melarikan Kalung

Cerita Kanak-Kanak Wali Kucing 1

Cerita Kanak-Kanak Wali Kucing 2

Cerita Kanak-Kanak Wali Kucing 3


Himpunan Buku Cerita Kanak-Kanak 6


PENUTUP

Kebelakangan ini, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak semakin pupus ditelan arus pemodenan. Ini mengakibatkan masih ada lagi kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca khasnya. Punca permasalahan berkemungkinan disebabkan oleh buku cerita yang masih ada pada masa kini tidak relevan dengan perkembangan teknologi. Hal ini demikian kerana semua pengetahuan kini boleh dicapai di hujung jari. Oleh itu, buku cerita diinovasikan kepada yang lebih mudah dan menarik serta sesuai dengan peredaran zaman. Kanak-kanak secara semula jadi suka akan gambar yang mempunyai ilustrasi yang menarik melalui gabungan pelbagai warna serta lukisan yang indah.

Buku cerita elektronik merupakan salah satu tarikan yang memberi nafas baharu seiring dengan arus teknologi kini. Buku cerita elektronik ini bukan sahaja menarik dengan pelbagai penggunaan warna, animasi, dan ilustrasi malahan ia mudah diperoleh terutamanya di laman sesawang. Buku cerita elektronik ini juga dapat memberi keseronokan baharu kepada kanak-kanak kerana bukan sahaja dijelmakan dalam cara yang baharu tetapi juga sesuai dengan pendekatan kanak-kanak pada zaman moden ini. Oleh yang demikian, penggunaan buku cerita elektronik ini mampu meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.