Home EGtukar Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar

Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar

7303
0


Keputusan e-GTukar bagi permohonan pertukaran guru antara negeri, dalam negeri dan dalam daerah sudah diumumkan. Pasti ramai yang berjaya dan ada juga yang masih bersedih kerana tidak berjaya bertukar dalam sesi pertukaran e-GTukar kali ini. Tahniah kepada guru berjaya…Yang masih belum berjaya, mungkin tiada rezeki buat kali ini….Kepada rakan guru yang masih lagi mahu mencuba dan masih lagi tidak kecewa dengan sistem e-GTukar bolehlah membuat rayuan dan disini disediakan sedikit Panduan untuk Menulis Surat Rayuan e-GTukar.

Tetapi harus diingat pihak KPM sendiri telah menulis di dalam laman web rasmi pada bahagian F.A.Q iaitu;

“Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang”

Ini bermakna, tiada rayuan yang boleh dibuat selepas sahaja keputusan dikeluarkan. Para guru perlulah menunggu untuk sesi pertukaran yang seterusnya….Kita berusaha tuhan yang menentukan…Ramai rakan yang telah berjaya dan tidak salah untuk mencuba…. Semoga Berjaya…

Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar

  • Sediakan satu surat rayuan format surat rasmi macam biasa. Tujukan surat terus ke unit menengah atau unit rendah  masing-masing. Boleh sertakan nama pgawai atau pun tidak. Jika mahu sertakan, elokknya letak nama ketua unit menengah dan ketua unit rendah.

Tajuk surat rayuan contohnya berbunyi “RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SMK XXXXX, JOHOR KE NEGERI TERENGGANU BAGI SESI JANUARI 2019” Ketua unit menengah En (sila rujuk laman web KPM) atau Ketua unit rendah En (sila rujuk web KPM)

  • Kenalkan diri, nombor IC, nombor siri pertukaran, dari mana nak ke mana. Nyatakan tujuan untuk merayu dan jelaskan secara ringkas alasan ingin bertukar. Nyatakan semua pengalaman mengajar  dan subjek yang pernah diajar. Ayat dalam surat rayuan ke arah merayu simpati pihak KPM bukan memarahi pihak KPM, menyindir atau mencabar KPM.
  • Surat SEELOKNYA ditandatangan oleh Guru Besar/Pengetua masing-masing dengan sedikit ulasan seperti ‘disokong’ ‘mohon dipertimbangkan’ dan lain-lain. TETAPI jika tiada pun tak apa. Dalam surat tersebut, hitamkan alasan ingin bertukar supaya mudah dibaca oleh pengawai KPM. Seperti juga samada melalui pengetua atau tidak. Itupun bergantung kepada cikgu sendiri. KPM tidak menetapkan syarat, surat rayuan mesti melalui pengetua.
  • Kepilkan surat rayuan bersama borang egtukar dan semua lampiran bukti yang lain. Surat gagal dalam egTukar online tidak perlu disertakan. Semua dokumen perlulah lengkap dan disokong Guru Besar/Pengetua. (caranya minta pengetua cop, tandatangan tulis ‘disokong’ pada surat rayuan tersebut.)
  • Boleh pos atau faks tetapi jalan yang terbaik pergi sendiri dan bersemuka dengan pegawai yang bertanggungjawab di KPM. Alamatkan surat rayuan ke KPM, di akhir sekali tulis s.k Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah.
    Surat rayuan yang asal hantarkan ke putrajaya,
    -1 salinan pos ke JPN.
    -1 salinan lagi pos ke PPD.
    * Note. Pastikan data hrmis kita di sekolah adalah yang terkini. rujuk guru data sekolah masing-masing.
  • Berdoa dan bertawakal

Tujukan Surat Rayuan ke Alamat di bawah :-

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nombor fon 0388849500
Nombor faks 0388886673

Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Maklumat untuk berhubung dengan pengawai KPM yang menguruskan pertukaran boleh dirujuk di page www.moe.gov.my , pilih direktori, klik Bahagian pengurusan Sekolah harian dan pilih unit sekolah rendah atau sekolah menengah.


Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar 1


Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar – Dokumen yang diperlukan untuk rayuan EG Tukar:-

  • Salinan permohanan egtukar yg di cetak semasa mengisi egtukar sebelum ini.
  • Surat rayuan
  • Laporan dari pakar/doktor (sekiranya ada)
  • Surat keizinan suami (jika mohon di negeri yang lain dari tempat suami tinggal)
  • Surat pengesahan majikan suami. (untuk sahkan tempat suami bertugas)
  • Salinan sijil nikah
  • Cetakan Surat yang Tidak Diluluskan

Kesimpulan

Surat rayuan yang disertakan dalam Panduan Menulis Surat Rayuan e-GTukar bukan sampel yang betul-betul datang dari KPM atau badan yang diakui. Sebaliknya daripada usaha rakan-rakan lalu yang dah berjaya dan juga gagal semasa rayuan mereka. Ada rakan yang pernah menggunakan contoh surat ini berjaya, ada juga yang tidak. Masih bergantung kepada ketetapan oleh badan yang bertanggungjawab dan rezeki daripada Ilahi.

Contoh surat ini hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang idea, apa yang perlu dibuat. Bagi yang dah ada idea, sila gunakan contoh surat anda masing-masing.

Semoga rakan-rakan guru dipermudahkan segala urusan pertukaran olehNya. Insya-Allah jika dah sampai rezeki yang ditetapkan, maka ada lah rezeki kita. Banyakkan berusaha, Banyakkan berdoa.. Amin!

Related Post :