Home EGtukar Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru

Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru

590
0

Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah melalui Modul e-Gtukar akan dibuka mulai 18 Febuari 2019 hingga 27 Mac 2019 bagi pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020. e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Pemohon boleh mengakses Modul e-GTukar melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, https://epgo.moe.gov.my/

Modul egTukar dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru

Permohonan Pertukaran Guru Tahun 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru yang memaparkan tarikh penting permohonan, applikasi permohonan dan maklumat lanjut.

Proses Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu dua kali pada sesi Jun 2019 dan sesi Januari 2020 dengan sekali permohonan sahaja.

TARIKH PENTING APLIKASI Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru

PERMOHONAN DI BUKA

18 FEBRUARI 2019

PERMOHONAN DI TUTUP

27 MAC 2019

*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Portal Modal Pengurusan Guru Pertukaran Guru

RUJUKAN : Surat Siaran KPM Berkaitan Permohonan pertukaran guru egTukar Tahun 2019

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Berikut adalah syarat umum permohonan serta senarai guru yang tidak layak untuk membuat permohonan egTukar.

    1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
    2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan

3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.

4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

SENARAI GURU YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON PERTUKARAN

1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
2. Mereka yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
4. Dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat


Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru 1


Cara Membuat Permohonan egTukar Pertukaran Guru Online

Layari ke laman web permohonan egtukar di pautan

Langkah seterusnya :-

  1. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem applikasi permohonan dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.
  2. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan
  3. Sekiranya terlupa katalaluan, pengguna boleh mendapatkan semula katalaluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar.
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan

Tukar Kata Laluan egTukar

Pengguna boleh menukar katalaluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna

  • Pengguna perlu memastikan ID Pengguna iaitu KataLaluan dan Kad Pengenalan adalah tepat di ruangan Laluan Masuk. Kemudian, klik butang OK untuk menggunakan sistem mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Log Keluar

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Log Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan

Soalan Lazim (FAQ) Pertukaran Guru

Berikut adalah Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar..Semasa mengisi borang online EGtukar, akan disediakan ruangan alasan permohonan pertukaran. Guru-guru boleh mengakses dan klik alasan pertukaran yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh guru…

TETAPI harus diingat itu adalah hanya sekadar alasan dan KELULUSAN sebenar pertukaran adalah mengikut tiga perkara pokok berikut:

Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:

a. Kekosongan jawatan
b. Kepentingan perkhidmatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Untuk lebih memahami lebih lanjut berkenaan EGtukar disini disediakan Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar

SILA KLIK DI BAWAH UNTUK “Soalan Lazim Berkenaaan EGtukar” YANG SETERUSNYA

APAKAH JENIS GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL EGtukar?

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada:

Guru Cemerlang, Guru Tingkatan 6, Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time Based), DG34 (KUP Time Based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time Based), DG48 (KUP Time Based), DG52 (KUP Time Based) dan DG54 (KUP Time Based) sahaja. Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut;

Pentadbir secara hakiki – Mengisi borang permohonan secara manual dan        dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau          Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

3. Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan egTukar Pertukaran Guru

Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.

Keputusan pertukaran guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020 boleh disemak pada tarikh penting berikut :-

PEMBATALAN PERMOHONAN EGTUKAR 2019

Permohonan yang diluluskan tidak boleh dibatalkan. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Sekiranya anda ingin membatalkan permohonan eGTUKAR, sila rujuk sama ada Guru Besar atau PPD masing-masing.

Sekiranya anda ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, sila maklumkan kepada Guru Besar yang boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR.

Selamat membuat Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru. Moga permohonan egTukar Pertukaran Guru. anda berjaya diluluskan.

Related Post :