Home Artikel Panduan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah

Panduan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah

2673
0

Panduan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah – Murid merupakan modal insan yang sangat berharga untuk menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda generasi muda pada era yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

Menyedari keperluan ini, Kelab Pusat Sumber Sekolah di semua sekolah menengah mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan matlamat yang dihasratkan.

Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Garis Panduan – Latar Belakang, Rasional, Matlamat, Objektif  dan Contoh Aktiviti Tahunan Kelab Pusat Sumber Sekolah

Contoh Perlembagaan Kelab Pusat Sumber Sekolah

Contoh Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah

Contoh Aktiviti Tahunan Kelab Pusat Sumber Sekolah



Contoh Perancangan Strategik Kelab Pusat Sumber Sekolah

Contoh Laporan Tahunan

Contoh Logo Kelab

Penutup

Panduan Penubuhan Kelab Pusat Sumber Sekolah – Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Kelab Pusat Sumber Sekolah di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti aktiviti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Di samping itu usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.