Sambutan Hari Guru 2026

Sambutan Hari Guru 2026, Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru dan cara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat cikgu-cikgu anda menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Sememangnya seorang guru yang dedikasi sanggup mengorbankan masa dan keringat mereka demi masa anak muridnya, seperti peribahasa popular “Seperti lilin yang membakar dirinya”.

Sambutan Hari Guru 2026

Sambutan Hari Guru 2026

Tarikh Sambutan Hari Guru Di Malaysia

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun di Malaysia.

Tema Hari Guru 2026

Tema Hari Guru bagi tahun 2026 adalah “Guru Bitara Nadi Negara”.

Objektif-Objektif Sambutan Hari Guru Di Malaysia

1. Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan cikgu melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Lagu Kami Guru Malaysia

Sambutan Hari Guru 2026

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Hari Guru (16 Mei)

Adaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman

Ikrar Hari Guru

Sambutan Hari Guru 2026


Related Post:

Sambutan Hari Guru 2026

Poster Mewarna Selamat Hari Guru

Kad Mewarna Sambutan Hari Guru

Koleksi Contoh Pantun Sambutan Hari Guru

Koleksi 50 Contoh Aktiviti Sambutan Hari Guru

Koleksi Contoh Sajak Dan Puisi Sambutan Hari Guru

Contoh Kertas Kerja Sambutan Hari Guru


04SPR60EVOFwPWjuw5pLLNb 28


Sambutan Hari Guru Penuh Makna

Koleksi 50 Contoh Aktiviti Sambutan Hari Guru

Berikut ialah beberapa cara untuk menyemarakkan Sambutan Hari Guru:

  • Ucapan dan Kad Penghargaan: Ucapan ikhlas daripada hati mampu menyentuh perasaan guru. Kad buatan sendiri atau nota tulisan tangan sangat bermakna.
  • Majlis Sambutan: Sekolah sering mengadakan majlis khas untuk meraikan guru dengan persembahan pelajar, anugerah dan jamuan ringan.
  • Hadiah Ikhlas: Pemberian kecil seperti alat tulis, buku atau cenderamata tanda kenangan boleh menceriakan hari mereka.
  • Kongsi di Media Sosial: Gunakan platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk menyampaikan penghargaan melalui video, puisi atau gambar.

Kesimpulan

Sambutan Hari Guru 2026, tanpa guru, siapalah kita. Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan ini sebagai peluang untuk menzahirkan rasa hormat dan kasih kepada mereka yang mendidik dengan sepenuh jiwa dan raga.