
Soalan Percubaan PT3 2018 ialah koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri terpilih yang boleh digunakan sebagai bahan alternatif kepada pelajar-pelajar untuk menyedia dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan PT3 yang mendatang…
Pentaksiran Tingkatan Tiga atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi PT3 dan seterusnya.
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
SUBJEK |
SOALAN & SKEMA |
Bahasa Melayu |
|
Bahasa Inggeris |
|
Bahasa Arab |
|
Geografi |
|
Sains |
|
Matematik |
|
Pendidikan Islam |
|
Sejarah |
|
Kemahiran Hidup |
Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….
Dapatkan soalan-soalan yang berkaitan disini…
Koleksi Soalan Percubaan dari seluruh negeri 2017 & 2016
Latihan Tambahan – Himpunan Soalan Model PT3
-
Himpunan Soalan Model Sains PT3
-
Himpunan Soalan Model Matematik PT3
-
Himpunan Soalan Model Bahasa Melayu PT3
-
Himpunan Soalan Model Bahasa Inggeris PT3
-
Himpunan Soalan Model Pendidikan Islam PT3
-
Himpunan Soalan Model KH P& K PT3
-
Himpunan Soalan Model Kemahiran Hidup Teknikal PT3
-
Himpunan Soalan Model Kemahiran Hidup SP PT3
-
Himpunan Soalan Model Kemahiran Hidup ERT PT3
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN…
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari….