Home Soalan SPM Soalan Percubaan SPM Matematik Tambahan Pahang 2017

Soalan Percubaan SPM Matematik Tambahan Pahang 2017

1086
0

Soalan Percubaan SPM Matematik Tambahan Pahang 2017 adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh GuruBesar.my.

Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

SUBJEK

SOALAN & SKEMA

  • Soalan Percubaan SPM Matematik Tambahan Pahang 2017


TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Ambil Rehat Teratur Dan Secukupnya

Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin, ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif. Jika anda berlatih untuk maraton, anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari. Begitu juga, kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang, seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu.

Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda. Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif pada waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.

Cuba jangan merasa bersalah kerana sedang menikmati cahaya matahari dan bukannya membongkokkan diri dengan nota anda. Ingat Vitamin D adalah penting untuk otak yang sihat.

2. Elakkan Terbabit Dengan Situasi Yang Boleh Mengganggu Perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

3. Meminta Restu

Mintalah restu dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan serta semua orang termasuklah tukang kebun sekolah anda. Mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada pembelajaran dan membina kehidupan anda secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan restu dan doa mereka In Sha Allah segala-galanya akan berjalan lancar.

4. Berdoa Dan Bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Dapatkan Tip seterusnya disini….