
Soalan Percubaan SPM Perdagangan Sarawak 2014 adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh GuruBesar.my.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
SUBJEK |
SOALAN & SKEMA |
|
TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Jelaskan Jawapan Anda Kepada Orang Lain
Untuk topik-topik yang melibatkan kemahiran hidup, sentiasa bertanya, berbual dan berbincang dengan ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan pada apa-apa jua keadaan seperti ketika bersarapan, bermain, menonton dan sebagainya. Gunakan mereka untuk keuntungan anda. Latihkan diri dengan bertanya menerangkan jawapan soalan kepada mereka. Itu akan membantu anda untuk mendapatkan idea yang lebih jelas di minda, dan juga untuk menyerlahkan mana-mana kawasan di mana anda memerlukan lebih banyak masa untuk mengulangkaji.
2. Mengadakan Study Group
Pembelajaran secara berkumpulan adalah cara mengulangkaji yang sangat berkesan Anda mungkin mempunyai soalan yang mempunyai jawapan dan begitu juga sebaliknya dengan rakan-rakan anda. Selagi group anda dapat memastikan fokus pada topik itu dan mengadakan perbincangan untuk jangka waktu yang disepakati, ini boleh menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk mencabar diri anda. Pastikan group anda mempunyai peraturan dari segi bidang pebincangan dan masa yang ditetapkan.