Home Artikel Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM

Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM

1345
0

Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM…..Prinsip Akaun adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.

Matlamat pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.

Maklumat yang disediakan di dalam ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….

DIPERSILAKAN KLIK DAN SHARE…..

ISI KANDUNGAN-

Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM

Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM 3

 

Semoga perkongsian ini memberi  manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dalam mengoptimunkan pelbagai bahan tersebut pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimun.

Tips belajar iaitu elakkan suasana yang bising banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya yang pastinya menggangu tumpuan pelajar. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan kelak….