
SPM hanyalah peperiksaan biasa bagi yang perlu dilepasi oleh hampir keseluruhan pelajar di Malaysia. Ia adalah moment yang terbaik untuk pelajar-pelajar membuktikan kepada keluarga yang mereka berjaya membesarkan kita.
Menjadi Pelajar Cemerlang adalah idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.
Tidak dinafikan ada dalam kalangan kita yang menghadapi pelbagai masalah untuk belajar contohnya kesusahan dengan bebanan keluarga, masalah peribadi, dan isu-isu kesihatan. Hadapilah masalah itu dengan baik, kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Berikut adalah tips-tips dan pengalaman yang dihimpun dari pelajar-pelajar yang telah menempuhi peperiksaan besar ini dengan cemerlang….. semoga ianya boleh membantu calon-calon SPM semua .
1. Tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk mencapai sasaran anda
2. Melakukan Persediaan Awal Untuk SPM
Ada pelajar telah menyedikan diri mereka seawal tingkatan 4 lagi. Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual harian yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
Fahami diri sendiri (kekuatan dan kelemahan) dalam membina jadual. Jadual yang bersistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.
3. Sanggup Berkorban Segalanya
Sanggupkan anda berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Sanggupkan anda belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.



10. Soalan spot boleh percaya ke ?
Ini subtopik yang menarik untuk dibincangkan, secara peribadi anda dari dahulu memang tidak percaya soalan spot spm kerana lazimnya soalan spot biasa tidak kena . Kisah sebenar, pada tahun 2016, kami pernah mengikuti satu kursus yang khusus memberitahu berkenaan soalan Spot dan hasilnya mengecewakan kerana kebanyakannya memang tidak masuk . Iktibar dari kisah ini, jangan terlampau berharap, kelak kecewa . Ikhlas .
Tapi apa yang anda perlu tahu, belajar semua subjek dan jikalau ingin soalan spot, perlu spot tajuk jangan soalan supaya kita boleh fokus tapi dengan syarat perlu belajar semua topik dahulu . Kalau ingin soalan spot, ambil soalan percubaan dari SBP cemerlang seperti kisas dan sebagainya . Kebanyakan konsep soalan sebenar spm tidak lari dari soalan-soalan SBP dan MRSM etc .
11. ketika peperiksaan sebenar SPM
Khususnya ketika peperiksaan sebenar spm, perbayakkan masa untuk belajar sendiri . Study group hanya dapat cover sebahagian topik sahaja dan tidak dapat cover semua, malah kita akan kerap bersembang berbanding belajar dan itu adalah masalah besarnya .
Apabila menjelang hari sebenar spm, anda akan belajar semua topik, esoknya bangun pukul 4 pagi, baru fokus topik yang spot hadkan 1 atau 2 jam sebelum spm . Misalnya, esok subjek sains, anda akan khatamkan ‘buku nota’ form 4/5 sebelum periksa esoknya dan anda akan tengok JAWAPAN soalan past year lagi 1 jam atau 2 jam sebelum periksa .
Soalan spm ini berulang-ulang, jawapan berkemukinan lebih kurang ataupun boleh tengok subjek/soalan spot sebagai persediaan saat akhir sebelum peperiksaan. Malah jawapan kepada soalan-soalan past year yang telah disalin di buku pun itu adalah nota.
Semua pelajar ada cara belajar mereka tersendiri . Ikutlah cara yang sesuai kerana niat anda berkongsi, Sesetengah orang tidak boleh belajar semua topik form 4/5 sehari seblum spm kerana boleh mencelarukan fikiran. Ada juga yang kata lagi 1 jam atau 2 jam tidak perlu belajar, tinggalkan buku sejenak dan tenangkan diri. Ikut pendapat masing-masing.
12. Jangan Tinggalkan kosong dalam kertas peperiksaan
Walaupun kita tidak tahu atau ragu terhadap soalan tersebut, saya menasihatkan agar jangan langsung membiarkan kosong soalan-soalan tersebut . Paling kurang kita cuba jawab soalan-soalan tersebut terpulang samada betul atau salah.