Home Aktiviti Persekolahan 43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

80174
0
Contoh Kertas Kerja Bulan Kebangsaan
Di sini admin ingin berkongsi 43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan hasil daripada perkongsian dari rakan guru bagi sambutan bulan kemerdekaan yang tiba tidak lama lagi..
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada murid-murid erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa sebelum merdeka. Ia juga bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat murid-murid di dalam pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan. 
Aktiviti yang terdapat dalam 43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan amat sesuai dan praktikal untuk menerapkan semangat dan nilai patriotisme dalam kalangan diri pelajar. Disini juga dikongsikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena menyambut bulan kemerdekaan di sekolah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar. Semoga dengan perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

DAPATKAN ” 43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan DISINI

Cadangan Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan

43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan
1. Pertandingan nyanyian lagu patriotik
2. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan
3. Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan
4. Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
5. Pertandingan mewarna
6. Pertandingan menulis esei
7. Pertandingan membina replika/ tugu kebangsaan
8. Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan/ Jalur Gemilang
9. Pertandingan pantun Hari Kebangsaan
10. Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan
11. Pertandingan sudut kemerdekaan
12. Pertandingan teka silang kata kemerdekaan
13. Pertandingan sukan warisan/ tradisional (gasing, wau dll)
14. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
15. Pertandingan menghias basikal
16. Pertandingan drama sebabak/ patriotisme
17. Pertandingan tarian tradisional
18. Pertandingan menghias kelas
19. Pertandingan memasak masakan tradisional

43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan 1


Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

20. Majlis pelancaran bulan kemerdekaan.
21. Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
22. Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
23. Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
24. Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
25. Mengantung/ menghasilkan kain rentang kemerdekaan
26. Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
27. Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
28. Melakonkan situasi hari kemerdekaan
29. Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
30. Tayangan film/video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
31. Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
32. Berbasikal/kayuahan sempena Hari Kebangsaan
33. Konvoi merdeka
34. Pameran kemerdekaan
35. Kibarkan jalur gemilang
36. Menjemput tentera/askar untuk membuat persembahan
37. Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
38. Bicara spontan Hari Kebangsaan
39. Pelancaran Hari Kemerdekaan
40. Laungan Hari Kemerdekaan
41. Gantung Kain Rentang
42. Memakai pakaian tradisional
43. Majlis penutupan sambutan kemerdekaan.

PENUTUP

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos, negara kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan setiap tahun. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Related Post:
Himpunan Bahan Aktiviti Bulan Kemerdekaan
Tema Hari Kebangsaan 2023 Dan Logo Sambutan
Contoh Kertas Kerja Bulan Kebangsaan
Contoh Kertas Kerja Bulan Bahasa Kebangsaan
Poster Mewarna Hari Kebangsaan 2023
Koleksi Pantun Dan Sajak Hari Kemerdekaan
Koleksi Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Tahunan
43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan
Himpunan Contoh Teks Doa Sempena Hari Kemerdekaan
Himpunan Lagu Patriotik Hari Kebangsaan