Home Artikel 8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan

138
0
Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga
8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan ,Tahniah kerana anda mendapat panggilan temuduga kerja. Pasti anda sangat teruja setelah menunggu dengan begitu lama untuk mendapatkan kerja idaman anda dan pastinya anda ingin lulus temuduga yang bakal anda hadapi nanti.
Namun begitu, terdapat masih ada calon-calon temuduga tidak tahu cara-cara yang betul menghadiri dan mengendalikan diri dengan betul semasa temuduga. Dengan ini, kami ingin kongsikan 8 perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi 8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan. Semoga Bermanafaat kepada semua…

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan

(1) Datang Lewat Ke Temuduga
Kesilapan ini perlu dielakkan oleh calon temuduga. Menepati masa adalah perkara penting yang diambil berat oleh mana-mana majikan. Ia akan memberikan gambaran kepada diri calon samaada komited atau tidak terhadap komitmen kerja.
Selain itu ia akan memberikan perspeksi buruk tentang displin seseorang calon.
Jika sewaktu temuduga calon itu sudah datang lewat, seolah memberi gambaran awal bahawa calon tersebut akan selalu datang lewat sewaktu bekerja nanti.

 

(2) Dokumen Tidak Lengkap
Dokumen yang diminta oleh ahli panel penemuduga perlu diambil perhatian.
Selain itu ia memberi gambaran bahwa calon tersebut serius untuk memohon jawatan tersebut.
Jika dokumen tersebut dinyatakan dengan jelas dalam surat panggilan temuduga, jadi bermakna calon perlu ambil serius dan perlu memastikan setiap dokumen itu dibawa ketika sesi temuduga.
Dokumen yang diminta oleh ketika temuduga adalah penting samaada untuk tujuan penilaian, rujukan serta mendapat butiran peribadi calon secara lebih terperinci.

 

(3) Pakaian Yang Tidak Sesuai
Imperesi awal adalah penting, semasa sesi temuduga penemuduga akan melihat juga cara kita berpakaian kerana ini adalah gambaran awal terhadap peribadi calon.
Pakaian semasa temuduga perlulah kemas, sopan dan bersesuaian dengan jawatan yang dimohon.

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan

Elakkan datang ke tempat temuduga dengan hanya berselipar, pakaian yang menjolok mata dan ketat.
(4) Jangan Mewarnakan Rambut
JANGAN mewarnakan rambut anda semasa ingin menghadiri temuduga. Seeloknya kekalkan warna rambut asal anda yang semula jadi. Pastikan anda sikat rambut anda dengan kemas dan rapi tanpa membuat sebarang stail-stail rambut.

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan 1

Bagi wanita yang free hair, pastikan rambut anda diikat atau disanggul dengan rapi serta rambut di bahagian hadapan perlu disikat ke tepi atau menggunakan clip rambut agar rambut anda tidak menutupi mata anda atau bertudung dengan kemas dan rapi.

 

(5) Bercakap Perkara Yang Tidak Perlu
Semasa temuduga kita sememangnya  perlu bercakap. Tetapi kita hanya perlu bercakap apabila soalan yang diajukan kepada kita. Elakkan bercakap tentang perkara-perkara negatif tentang bekas majikan atau apa sahaja.
Bahasa yang digunakan juga penting, jangan bercakap dengan nada yang kasar serta menggunakan bahasa pasar. Gunakan kata ganti nama yang tepat ketika berinteraksi dengan penemuduga. Seperti Tuan, Puan, Dato’, Encik, Cik dan sebagainya.

 

(6) Gagal Tenangkan Diri
Ramai yang rasa gugup apabila hadir sesi temuduga. Itu adalah perkara normal, namum apa yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menyesuaikan diri kita ketika ditemuduga.
Jika kita gagal tenangkan diri, lebih besar peluang untuk kita melakukan kesilapan semasa temuduga. Berkemungkinan juga nanti komunikasi kita dengan penemuduga tersekat-sekat. dan kita gagal menjawab soalan dengan lengkap.
Lebih teruk adalah apabila kita tidak dapat memberikan tumpuan kepada soalan yang diajukan, lain yang ditanya lain pula yang kita jawab.
Jika kita tidak dapat mendengar atau menangkap dengan jelas soalan yang diajukan. Dengan sopan kita minta penemuduga mengulangi sekali lagi soalan tersebut.

 

(7) Kurang Eye Contact
Eye Contact ketika berinteraksi dengan penemuduga adalah penting, kerana ia akan memberikan gambaran bahawa kita yakin dengan jawapan yang kita berikan.
Ketika menjawab soalan mata kita fokus kearah mata penemuduga. Calon yang ada keyakinan diri mungkin akan mendapat peluang yang lebih cerah.
Sebab itu kita perlu tenangkan diri dan berkomunikasi dengan penemuduga dengan penuh yakin.
(8) Tiada Persediaan Lengkap Untuk Temuduga
Sebaik sahaja kaki anda tiba di tempat temuduga, seharusnya calon sudah tahu paling tidak perkara asas tentang jawatan, latar belakang majikan dan perkara berkaitan.
Calon perlulah membuat kaji selidik untuk dapatkan maklumat lebih tentang pekerjaan yang dipohon.
Ini akan memberikan gambaran bahawa calon tersebut betul-betul berminat untuk bekerja dengan jawatan yang dimohon.
Related Post:

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Selepas Temuduga

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya


8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan 2


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan 3