Home Artikel Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

120
0
Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga
Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga, Tahniah kerana anda mendapat panggilan temuduga kerja. Pasti anda sangat teruja setelah menunggu dengan begitu lama untuk mendapatkan kerja idaman anda dan pastinya anda ingin lulus temuduga yang bakal anda hadapi nanti.
Disini dikongsikan 21 tips untuk anda praktikkan sebelum,  Semasa dan Selepas temuduga. Tips temuduga di bawah merupakan tips terkini yang anda boleh sesuaikan dengan apa jua sesi temuduga.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Sebelum Temuduga:
Beberapa hari sebelum anda menghadapi temuduga. anda boleh membuat persediaan seperti berikut:
(1) Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Dan Panel Penemuduga
Cuba dapatkan maklumat seperti profit syarikat, faedah kepada pekerja yang ditawarkan syarikat, operasi syarikat. corak kepimpinan syarikat serta perkara lain yang berkaitan dengan syarikat yang bakal anda pergi temuduga.
Gunakan apa sahaja medium seperti portal rasmi syarikat serta pelbagai media sosial yang berkaitan untuk mendapat maklumat supaya anda benar-benar tahu tentang syarikat tersebut.
(2) Berlatih Menjawab Soalan
Anda boleh berlatih menjawab soalan-soalan yang selalu ditanya ketika temuduga seperti. ‘Sila ceritakan tentang diri anda dan mengapa anda memilih untuk bekerja di syarikat ini?: In’ dapat membantu anda untuk menjawab dengan lebih yakin serta nilai yang anda akan berikan kepada syarikat sekiranya anda bekerja di syarikat tersebut.
Tip : Anda juga boleh bertanya dan berbincang tentang gaji anda berdasarkan lokasi, industri dan pengalaman kerja yang lalu.
(3) Membaca Semula Huraian Pekerjaan
Cetak dan baca serta fahami kemahiran khusus yang diperlukan atau dikehendaki oleh syarikat. Fikirkan contoh kerja yang berkaitan dengan kerja yang pernah anda lakukan sebelum dan sekarang ini.
(4) Gunakan Kaedah STAR Dalam Menjawab Soalan
Bersedia dengan soalan mengenai pengalaman kerja yang lalu. Gunakan kaedah STAR untuk bercerita dengan jelas iaitu Situasi (Situation), Tugas ((Task). Tindakan (Action) dan Hasil (Result).
(5) Berlatih Menjawab Soalan Bersama Rakan
Berlatih menjawab soalan dengan balk dan jelas adalah cara persediaan yang sangat berkesan. Minta rakan anda untuk menjawab soalan dan berikan jawapan. Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan ketika temuduga nanti.
(6) Sediakan Senarai Rujukan
Kemungkinan penemuduga akan meminta anda memberikan senarai rujukan sebelum atau selepas temuduga anda. Dengan menyiapkan senarai rujukan dengan lebih awal, is membantu anda pergi ke langkah yang seterusnya untuk diambil bekerja.
(7) Bersedia Dengan Contoh Kerja Anda
Anda juga mungkin akan ditanya mengenai pekerjaan yang telah anda lakukan sebelum ini. Berikan contoh pekerjaan yang berkaitan serta kejayaan yang telah anda kecapi.
(8) Sediakan Soalan Untuk Penemuduga Anda
Temuduga adalah komunikasi dua hala. Majikan juga mengharapkan anda bertanyakan soalan kerana mereka ingin tahu berapa seriuskah anda ingin bekerja di syarikat mereka. Berikut adalah beberapa soalan yang sesuai untuk anda tanyakan kepada penemuduga :
~ Bolehkah anda menerangkan tugasan ini secara terperinci?
~ Bagaimana anda menggambarkan ciri-ciri seseorang yang akan berjaya dalam jawatan
~ Sekiranya saya menjawat jawatan ini, bagaimana prestasi saya dinilai? Berapa kerap ianya dinilai?
~ Kebiasaannya, bahagian manakah yang boleh bekerja sebagai satu pasukan?
~ Bagaimanakah caranya mereka bekerjasama?
~ Bagaimanakah bentuk proses tersebut?
~Apakah cabaran yang anda hadapi dalam pekerjaan anda?
Beri perhatian juga kepada soalan-soalan yang tidak perlu anda ajukan kepada penemuduga. Dalam temuduga ada “taboo” tertentu.
Related Post:

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Selepas Temuduga

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan


Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga 2