Home Artikel Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

101
0
Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga
Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga, Tahniah kerana anda mendapat panggilan temuduga kerja. Pasti anda sangat teruja setelah menunggu dengan begitu lama untuk mendapatkan kerja idaman anda dan pastinya anda ingin lulus temuduga yang bakal anda hadapi nanti.
Disini dikongsikan 21 tips untuk anda praktikkan sebelum,  Semasa dan Selepas temuduga. Tips temuduga di bawah merupakan tips terkini yang anda boleh sesuaikan dengan apa jua sesi temuduga.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Semasa Temuduga: 
Setelah membuat persiapan sebelum temuduga. anda boleh berjaya dalam temuduga dengan mengikuti tips berikut :
(1) Siapkan Pakaian Untuk Temuduga Seawal 1 Hari
Anda perlu menyiapkan pakaian untuk temuduga yang betul dan sesuai dengan jawatan dan syarikat tersebut sekurangnya 1 hari. Jika anda tidak pasti tatacara berpakaian untuk temuduga. dapatkan cadangan daripada rakan anda.
(2) Bawa Salinan Resume, Buku Nota Dan Pen
Siapkan sekurangya lima salinan resume. Buat resume anda dengan kemas dan cantik untuk diberikan kepada setiap penemuduga. Apa dokumen perlu di bawa dan tidak perlu di bawa ke tempat temuduga juga perlu diberikan perhatian oleh anda.
Bawa pen dan buku nota kecil untuk membuat beberapa catatan penting ketika temuduga. Jaga hubungan mata ketika proses temuduga dijalankan untuk menampakkan keyakinan anda ketika temuduga dijalankan.
Sediakan juga Cover Letter. kadangkala majikan mencari isi-isi tetentu di dalam Cover Letter anda.
(3) Sampai Awal Di Tempat Temuduga
Datang awal 10-15 minit sebelum sesi temuduga dijalankan. Rancang perjalanan anda dengan teliti.
Tip: Anda boleh melihat dan analisa corak cara kerja di syarikat tersebut.
(4) Tanggapan Pertama Yang Hebat
Pastikan anda memakai kasut yang bersih, rambut anda disikat kemas dan pastikan kuku dipotong pendek. Begitu juga dengan pakaian anda. Pakai pakaian yang bersih dan berbau wangi. Pastikan anda menggunakan bahasa badan yang betul dan sentiasa senyum sepanjang sesi temuduga dijalankan.
(5) Menghormati Orang Lain
Hormat dan layan semua staf atau pekerja yang anda temui di syarikat tersebut dengan baik. Kadangkala terdapat majikan atau penemuduga yang akan mendapatkan maklumbalas calon daripada pekerja mereka untuk mengukuhkan keputusan mereka.
(6) Amalkan Adab Dan Bahasa Badan Dengan Baik
Tampilkan bahasa badan yang lebih yakin dan beradab ketika temuduga dijalankan. Duduk atau berdiri dengan tekstur badan yang betul. Tank nafas sedalam mungkin dan hembus perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan cemas dan ianya membantu anda untuk lebih yakin. Berjabat tangan sekiranya penemuduga menghulurkan tangan dan berikan senyuman paling manis buat mereka.
Perhatikan juga bahasa badan penemuduga semasa sesi temuduga sedang berlangsung.
(7) Menangi Penemuduga Dengan Menjadi Diri Sebenar Dan Bersikap Positif
Jadilah diri anda yang sebenar ketika temuduga dijalankan. Dengan cara ini. penemuduga akan rasa lebih dekat dengan anda dan anda juga menjadi selesa. Sentiasa positif dengan memberikan senyuman serta penggunaan bahasa badan yang balk dapat membantu kelancaran proses temuduga dijalankan.
(8) Menjawab Soalan Dengan Jujur
Jawab setiap soalan yang diajukan dengan jujur. Fokus pada kekuatan utama anda dan mengapa latar belakang anda menjadikan anda layak untuk menjawat jawatan tersebut.
Ketahui juga soalan-soalan yang tak perlu anda jawab semasa temuduga. lni kerana tak semua soalan perlu anda jawab sekiranya soalan yang diajukan melibatkan soal peribadi anda.
(9) Kaitkan Jawapan Anda Dengan Kemahiran Dan Pencapaian Anda
Setiap kali anda menjawab soalan yang diajukan, kaitkan jawapan anda dengan kemahiran serta pencapaian anda. Gunakan setiap peluang yang ada supaya jawapan yang diberikan adalah menarik dan penemuduga menjadi yakin dengan anda.
(10) Pastikan Jawapan Anda Ringkas Dan Fokus
Masa anda dengan setiap penemuduga adalah terhad. Jadi anda perlu fokus dengan memberikan jawapan yang ringkas dan tidak bercakap perkara yang tidak penting.
(11) Jangan Bercakap Negatif Mengenai Majikan Anda Sebelum lni
Jangan sesekali anda menceritakan masalah anda dengan majikan sebelum ini pada penemuduga walaupuan anda disoal oleh mereka. Ini boleh membuatkan penemuduga memberikan pandangan yang negatif buat anda. Anda hanya perlu fokus pada kelebihan dan kebaikan yang anda perolehi untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Related Post:

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Selepas Temuduga

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan


Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga 2