Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 ini dalam sistem pendidikan, terdapat pelbagai jabatan, bahagian atau unit termasuklah sekolah, kolej, universiti dan pusat pengajian lain. Salah satu jabatan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau juga dikenali sebagai Hal Ehwal Murid (HEM). Lazimnya, bidang tugas Hal Ehwal Murid adalah perkara-perkara berkaitan dengan murid seperti kebajikan murid, disiplin murid dan sebagainya
- Mengawal disiplin murid sebagai contoh memberi hukuman kepada murid yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng kelas, buli, merokok dan salah laku lain yang dilarang oleh pihak sekolah.
- Melaksanakan program bina insan, program bersepadu, dakwah dan sebagainya.
- Bertanggungjawab dalam pengurusan melibatkan Kokurikulum, aktiviti persatuan, kelab dan sukan di sekolah.
- Mengendalikan aktiviti di luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, kem kepimpinan dan lain lagi.
- Menguruskan kebajikan murid dari segi bantuan kewangan seperti pinjaman dan biasiswa murid.
Kepada guru-guru disini disediakan Laman yang mengandungi Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021. Semoga Bermanafaat kepada semua… |
DOWNLOAD : Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021
Disertakan Juga :
1. Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2021
2. Takwim Penggal Persekolahan 2021
3. Takwim Ativiti Sekolah 2021
4. Buku Panduan Tugas Guru Dan Staf Sekolah Tahun 2021
5. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0
6. Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021
7. Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 2021
Artikel :-
12 Tips Cemerlang Dalam SPM
SPM hanyalah peperiksaan biasa bagi yang perlu dilepasi oleh hampir keseluruhan pelajar di Malaysia. Ia adalah moment yang terbaik untuk pelajar-pelajar membuktikan kepada keluarga yang mereka berjaya membesarkan kita.
Menjadi Pelajar Cemerlang adalah idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.
1. Tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk mencapai sasaran anda
2. Melakukan Persediaan Awal Untuk SPM
Ada pelajar telah menyedikan diri mereka seawal tingkatan 4 lagi. Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual harian yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
Fahami diri sendiri (kekuatan dan kelemahan) dalam membina jadual. Jadual yang bersistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.
3. Sanggup Berkorban Segalanya
Sanggupkan anda berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Sanggupkan anda belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.