Home Kalendar & Takwim Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021

1159
0
Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 ini dalam sistem pendidikan, terdapat pelbagai jabatan, bahagian atau unit termasuklah sekolah, kolej, universiti dan pusat pengajian lain. Salah satu jabatan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau juga dikenali sebagai Hal Ehwal Murid (HEM). Lazimnya, bidang tugas Hal Ehwal Murid adalah perkara-perkara berkaitan dengan murid seperti kebajikan murid, disiplin murid dan sebagainya

  • Mengawal disiplin murid sebagai contoh memberi hukuman kepada murid yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng kelas, buli, merokok dan salah laku lain yang dilarang oleh pihak sekolah.
  • Melaksanakan program bina insan, program bersepadu, dakwah dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan melibatkan Kokurikulum, aktiviti persatuan, kelab dan sukan di sekolah.
  • Mengendalikan aktiviti di luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, kem kepimpinan dan lain lagi.
  • Menguruskan kebajikan murid dari segi bantuan kewangan seperti pinjaman dan biasiswa murid.
Kepada  guru-guru disini disediakan Laman yang mengandungi Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 12


Disertakan Juga :
1. Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2021
2. Takwim Penggal Persekolahan 2021
3. Takwim Ativiti Sekolah 2021
4. Buku Panduan Tugas Guru Dan Staf Sekolah Tahun 2021
5. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0
6. Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021
7. Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 2021

Artikel :-

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 13

12 Tips Cemerlang Dalam SPM

SPM hanyalah peperiksaan biasa bagi yang perlu dilepasi oleh hampir keseluruhan pelajar di Malaysia. Ia adalah moment yang terbaik untuk pelajar-pelajar membuktikan kepada keluarga yang mereka berjaya membesarkan kita.

Menjadi Pelajar Cemerlang adalah idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.

1. Tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk mencapai sasaran anda

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 14

Pergilah mana-mana kursus motivasi atau kem-kem subjek cemerlang. Perkara sama juga akan diulang ulas dan yang perkara pokok pertama skali yang akan disentuh oleh motivator adalah niat dan impian yang jelas. Pelajar yang ingin berjaya perlu mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.
Meletakkan tujuan kenapa perlu belajar dan mengejar berapa “A” yang mereka mahukan. Amat mudah sebenarnya untuk kita menilai orang yang betul-betul tekad hendak dapatkan keputusan cemerlang dalam spm berbanding dengan pelajar yang hanya berangan-angan kosong untuk cemerlang tapi tiada usaha mencukupi kearah itu.
Tanyalah diri sendiri, “Aku mahu keputusan spm yang cemerlang, tapi sanggupkah aku berusaha dan berkorban segala untuk berjaya ?” .
2. Melakukan Persediaan Awal Untuk SPM

Ada pelajar telah menyedikan diri mereka seawal tingkatan 4 lagi. Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual harian yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.

Fahami diri sendiri (kekuatan dan kelemahan) dalam membina jadual. Jadual yang bersistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.

 

3. Sanggup Berkorban Segalanya

Sanggupkan anda berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Sanggupkan anda belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.

Belilah buku-buku nota yang betul agar mudah untuk anda mengulangkaji pelajaran. Luangkan lebih masa untuk buat latihan past year (soalan-soalan tahun lepas) dan set-set soalan Past Year Trial Negeri-Negeri di seluruh Malaysia . Sekiranya tidak mampu, cuba tanya cikgu atau rakan, pinjam daripada mereka. Bagi sesiapa yang rajin, buat nota sendiri pun boleh…”Cubalah buatlah semua soalan sehingga tiada satu soalan pun yang kita tidak pernah jawab.”

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 15