Home DSKP DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (Semakan 2017)

DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (Semakan 2017)

333
0
DSKP Bahasa Arab Tahun 4 KSSR

Disini disediakan DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (Semakan 2017)  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam penggubalan DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah dengan penekanan terhadap KBAT Perincian dalam DSKP ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan.

Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan KSSR (Semakan 2017) yang menggunakan jumlah jam setahun dalam tahun persekolahan untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. KSSR (Semakan 2017) telah memasukkan perkara baharu seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), peruntukan masa jam setahun, penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. DSKP ini akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2020.

DAPATKAN DSKP KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (Semakan 2017)  DISINI

PERKARA

SUBJEK TAHUN 4

 

Muat Turun Bahan Di Sebelah

: SILA Muat Turun :



PENUTUP

DSKP KSSR (Semakan 2017) digubal dengan matlamat untuk memastikan perkembangan murid secara holistik merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial bagi melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, negara serta berdaya saing di peringkat global.

Pada Tahap I dan Tahap II, KSSR (Semakan 2017) memberi penekanan kepada penguasaan 4M dan kemahiran asas pelbagai bidang ilmu. Di samping itu penekanan juga diberikan kepada perkembangan pelbagai aspek seperti kognitif, kerohanian, fizikal, sosioemosi, sikap dan nilai. Manakala di Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyuburkan budaya ilmu. Matlamat pendidikan rendah ini dicapai melalui pelaksanaan mata pelajaran teras dan tambahan yang ditawarkan.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak berkepentingan dalam pendidikan mesti memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat KSSR (Semakan 2017).

Related Post :