
Himpunan Buku Panduan Unit Beruniform ialah dokumen yang memerincikan garis panduan khusus untuk guru-guru yang telah dilantik sebagai jurulatih dan guru pembimbing unit-unit yang dikhaskan.
Unit beruniform berfungsi mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya dapat mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan.
Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama iaitu pembabitan, penyertaan dan prestasi, justeru, semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan mereka mendapatkan skor setimpal bagi penyertaan atau pencapaian dalam aktiviti berkaitan.
Himpunan Buku Panduan Unit Beruniform
-
-
- Buku Panduan Unit Beruniform TKRS
- Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Bomba
- Buku Panduan Unit Beruniform Kadet Polis
- Buku Panduan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
- Buku Panduan Pasukan Kadet Pertahanan Awam
- Buku Panduan Persatuan Pengakap Malaysia
- Buku Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Buku Panduan Persatuan Pandu Puteri
- Buku Panduan Pergerakan Puteri Islam Malaysia
- Buku Panduan Persatuan St. John Ambulans
-
DEFINISI UNIT BERUNIFORM
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakanmengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
OBJEKTIF
Guru-Guru dan murid-murid akan:
- Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah.
- Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan.
- Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin.
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin.
- Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan badan beruniform di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
- Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
- Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun negara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
KESIMPULAN
Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik. Sememangnya pencapaian dan kecemerlangan akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka menggilap bakat dalam sukan yang digemari sepanjang tahun juga tidak boleh disekat. Wajar diakui melalui kegiatan sukan, murid akan dapat mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, baik untuk kesihatan fizikal terutamanya mengurang masalah obesiti, menyemai nilai sahsiah yang terpuji, membina keyakinan diri yang tinggi di samping berasa seronok hadir ke sekolah akan dapat membendung gejala ponteng.
RELATED POST :-