Himpunan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform

0
62

Aktiviti perkhemahan adalah salah satu diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan Kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara “hands on” dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.

Program perkhemahan juga merupakan satu program yang menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran diluar bilik darjah serta memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan unit beruniform sekolah. Program perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar tentang aktiviti perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental disamping memberi pengetahuan tentang teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa perkhemahan.

Himpunan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform

PERKARA

KERTAS KERJA

 

 

SILA CLICK SEBELAH UNTUK
MENDAPATKAN

 

Himpunan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform

 

 

 


TUJUAN / MATLAMAT PERKHEMAHAN

Melalui aktiviti perkhemahan ini, adalah diharapkan agar para peserta dapat:

  1. Membuka sebahagian minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan.
  2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan penerapan matapelajaran tertentu secara halus seperti Sains, Agama dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi.
  3. Memaparkan menyedarkan dan menginsafi diri dalam penggunaan masa seterusnya melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
  4. Menanam rasa bersyukur sepanjang masa disamping menyuntik pengetahuan berguna bagi meneguhkan lagi dinding keagamaan secara halus kepada setiap peserta.
  5. Menyuntik setitik ilmu bagi membentuk satu generasi yang diharap kebal terhadap segala rintangan dan dapat berfikir secara rasional tanpa membelakangi hala tuju.

OBJEKTIF

  • Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara atau teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri
  • Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk memecahkan perasaan rendah diri, tidak yakin dan tidak mengharapkan orang lain melalui aktiviti yang dirancangkan.
  • Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu dengan menerusi penerapan aktiviti merentas hutan atau “Jungle trekking”
  • Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran.
  • Menanam sikap bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dan melemparkan segala perasaan dengki, tamak, mementingkan diri sendiri dan angkuh di dalam diri pelajar.
  • Memupuk semangat kepimpinan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di dalam diri setiap peserta

PENUTUP

Semoga Himpunan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform ini dapat memberi sedikit input kepada guru-guru untuk melaksanakan aktiviti yang lebih teratur berkaitan badan atau unit beruniform di sekolah masing-masing. Diharapkan juga ianya dapat memberi kesan untuk memupuk semangat kerjasama antara guru dan ahli-ahli unit beruniform. Selain itu, dapat menyemai sikap kendiri yang baik,berdikari dan mendedahkan bagaimana seseorang peserta dapat berkomunikasi  serta bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain. Harapan untuk membentuk satu komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum juga menjadi agenda utama. Matlamat perpaduan kaum dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti yang akan   dijalankan.

Selain itu ,amalan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah dapat dipraktikkan semasa berinteraksi dengan rakan-rakan ,guru-guru dan jurulatih di tapak perkhemahan.  Para peserta juga dapat mengasah bakat kepimpinan dan seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa bagi unit  masing-masing.