Home Kalendar & Takwim Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

2786
0

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. Di sini disediakan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru dan semua ibubapa yang terlibat dengan SPM pada tahun ini.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
OKTOBER 2019 FASA 1

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

  • JADUAL 14 HB OKTOBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 1Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 2

  • JADUAL 15 HB OKTOBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 3

  • JADUAL 16 HB OKTOBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 4

  • JADUAL 17 HB OKTOBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 5

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 6


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
NOVEMBER 2019 FASA 2

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

  • JADUAL 5, 6 DAN 7 HB NOVEMBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 7

  • JADUAL 13, 14 DAN 18 HB NOVEMBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 8

  • JADUAL 19, 20 DAN 21 HB NOVEMBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 9

  • JADUAL 25 DAN 26 HB NOVEMBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 10

  • JADUAL 27 DAN 28 HB NOVEMBER 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 11

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 12


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2019

BAHAGIAN A
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) – ARAHAN AM

Pihak JPN hendaklah:

1. memaklumkan kepada sekolah untuk memuat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM
2019 dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my).

2. mencetak dan mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 kepada semua
calon persendirian.

3. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan
dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 sebelum peperiksaan.

4. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas
peperiksaan yang ditawarkan pada tahun semasa.

5. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan Buku
Panduan Pengurusan Peperiksaan yang sedang berkuat kuasa.

BAHAGIAN B
PENGETUA – ARAHAN AM

Pengetua hendaklah:

1. mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 kepada semua calon sekolah.

2. memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan
dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 sebelum peperiksaan.

3. menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab Kertas
Peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.

4. memastikan calon tidak membawa masuk bahan-bahan terlarang seperti yang
termaktub dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

5. merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang
sedang berkuat kuasa.

BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:

1. memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan SPM 2019 dimaklumkan kepada calon.

2. meminta semua calon untuk memeriksa dan memastikan calon tidak membawa
masuk bahan-bahan terlarang seperti yang termaktub dalam Bahagian D: 7.
Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

3. mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas,
nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.

4. membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

5. mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019.

6. mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di sebelah atas.

7. mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan
calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

8. mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang
tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan.

9. memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor
sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.

10. memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada
borang LP/Am 29 – Pin. 1/2016 akur dengan bilangan calon dalam Jadual
Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.

11. menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 – Pin. 1/2017 sekiranya calon
melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan
di Dewan/Bilik Peperiksaan.

12. memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 – Pin. 1/2017 sekiranya calon
melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan
di Dewan/Bilik Peperiksaan.

13. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang sedang
berkuat kuasa.

BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2019.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

1.3 Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

2.4 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2019 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

3.1 menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan padamuka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

4.1 menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan.

4.2 menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).

4.3 menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

4.5 menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

4.6 memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan telah ditulis dengan betul pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan seperti Buku Jawapan (BJ) dan HT apabila diarah berhenti menulis.

4.7 memastikan setiap HT disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat
bersama kertas peperiksaan atau BJ.

4.8 berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan
dikumpul semula oleh Pengawas.

5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN
JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)

5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.

5.3 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas peperiksaan yang berkenaan.

5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.

5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi keseluruhan ruang.

5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau
seumpamanya.

5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.

5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki
pada Kertas JOB dan JOTB.

6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon tidak dibenarkan:

6.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

6.2 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.

6.3 membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.

6.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

6.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

6.6 merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

7.1 membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit,
alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

7.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

7.3 mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

7.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

7.5 menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

7.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

7.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

7.9 membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

7.10 membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

7.11 membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

8. PERINGATAN

Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan
tindakan berikut:-

i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;

ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;

iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

BAHAGIAN E
ARAHAN KHAS

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 13

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 14

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 15

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 16

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 17

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 18

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 19

JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A
dan Kategori B.

Kategori A: Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecacatan, Spastik/Cerebral Palsy,
Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia, Cacat Anggota
dan Kemalangan.

1. Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak
boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 20

Kategori B: Calon Pekak/Bisu

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 21


AMARAN PEPERIKSAAN

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

1. Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
2. Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
3. Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.


Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 22



15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN…

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 23

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 24

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari….

Dapatkan Tip seterusnya disini….    Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2019 25