
Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Matematik Melaka 2013 adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh GuruBesar.my.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
SUBJEK |
SOALAN & SKEMA |
|
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Berdoa Dan Bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
2. Banyak Mengingat Dan Membuat Kajian
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.