
Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Matematik Sarawak 2016 adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh GuruBesar.my.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
SUBJEK |
SOALAN & SKEMA |
|
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Kesan Makanan Ringan Keatas Otak
Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulangkaji. Harus diingat apa yang anda makan benar-benar boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda, jadi jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda, seperti ikan, kacang, biji, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.
2. Banyak Mengingat Dan Membuat Kajian
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
3. Peruntukan masa yang secukupnya untuk mengulangkaji
Jangan study last minit. Walaupun sesetengah pelajar boleh mengharungi perkara ini tetapi hampir keseluruhan cerdik pandai menyatakan bahawa (ia diterima secara meluas bahawa untuk kebanyakan kita) ini bukan cara terbaik untuk mendekati peperiksaan. Untuk membantu menguruskan pengurusan masa anda, sediakan jadual waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Tuliskan dan hafal jadual peperiksaan yang akan anda ambil. Kemudian sediakan perkara-perkara yang perlu diulangkaji bersesuaian dengan jadual anda dengan sewajarnya. Anda mungkin mahu memberi tumpuan dan memperuntukan masa yang lebih kepada subjek-subjek tertentu, jadi dapatkan keseimbangan yang anda rasa selesa.
Tetapi sekiranya ianya terjadi (belajar last minit), belajarlah atau utamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang anda kuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.