Kupasan Mutu Jawapan SPM Siri 2 2014

0
124

Kupasan Mutu Jawapan SPM Siri 2 2014 mengandungi maklumat tentang prestasi calon dalam sebilangan besar mata pelajaran SPM 2014. Kupasan terhadap prestasi calon dilengkapi dengan penjelasan tentang prestasi terperinci bagi setiap soalan SPM 2014. Ulasan prestasi terperinci setiap soalan disusuli dengan pernyataan tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam menjawab soalan serta kesilapan yang sering kali ditemui. KMJ disediakan oleh panel yang terdiri daripada Ketua Pemeriksa, Ketua Pemeriksa Bersama dan Ketua Pasukan mata pelajaran berkenaan dengan mengambil kira maklumat daripada semua pemeriksa di bawahnya.

PERKARA

Kupasan Mutu Jawapan SPM Siri 2 2014

 

SILA CLICK SEBELAH
UNTUK

MENDAPATKAN

Kupasan Mutu Jawapan SPM Siri 2 2014



Selain Kupasan Mutu Jawapan SPM Siri 2 2014…..Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK Ke-21) adalah pembelajaran yang menekankan berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

Rancangan Pelajaran Tahunan yang baik akan melahirkan pendekatan yang dapat dikembangkan seterunya akan menjadi bahan rangsangan kepada satu konteks kehidupan sebenar, sebab dan akibat serta lain-lain persoalan seterusnya menjana pemikiran kolaboratif, komunikatif, kreatif dan kritis serta nilai dan etika kepada pelajar. Ini adalah berbeza dengan pendekatan kepercayaan lama yang menggunakan pengisian berulang seperti latih tubi.

Pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat begitu mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid mereka pada abad ke-21 kelak.

Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara ‘chalk and talk’ tidak relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran.

Selain itu, penggunaan komputer dan ‘smart board’ seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa.

Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain, pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini.

Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Penyampaian guru Bahasa Melayu secara aktif, komunikatif dan kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.