Home DSKP Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0

Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0

5163
0
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0

Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0…. Panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru pendidikan khas dalam menjajarkan kandungan kurikulum pendidikan khas . Panduan ini boleh digunakan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) guru boleh mengguna pakai penjajaran kurikulum arus perdana. Panduan penjajaran kandungan kurikulum pendidikan khas yang disediakan diharap dapat membantu guru Pendidikan Khas dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Guru digalakkan untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mengikut kesesuaian dan keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Penjajaran kurikulum ini juga memberi ruang kepada guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan kurikulum secara fleksibel seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Sila Muat Turun Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0

# Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 11012021.pdf

Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber 2020, sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga hari terakhir
persekolahan bagi tahun 2020. Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran MBK pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.

Dalam menjajarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP), guru perlu memberi keutamaan kepada kandungan yang perlu dan amat penting sebagai Kandungan Asas. Kandungan Asas ini perlu diselesaikan supaya tidak menjejaskan penguasaan konsep bidang ilmu mata pelajaran tersebut.


Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 3


Sila Muat Turun DPK 2.0 Seluruh Tahun

# DPK 2.0 KSSR Tahun 1
# DPK 2.0 KSSR Tahun 2
# DPK 2.0 KSSR Tahun 3
# DPK 2.0 KSSR Tahun 4
# DPK 2.0 KSSR Tahun 5
# DPK 2.0 KSSR Tahun 6
# DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1
# DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 5
# Panduan Penjajaran Kurikulum Pembukaan Semula Sekolah
# Program Transisi Tahun 1 2021

Di harapkan dengan adanya Dokumen Penjajaran Kurikulum ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan.

Sila muat turun Himpunan RPT KSSR  2021……

Himpunan RPT KSSR Tahun 1 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 2 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 3 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 5 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 6 2021