Home DSKP DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1

DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1

1913
0
DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1

DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1…..Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.


DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1 3


Sila Muat Turun DPK 2.0 KSSR

# DPK Versi 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 1

Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). Arahan PKP telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.

Sila Muat Turun DPK 2.0 Seluruh Tahun

# DPK 2.0 KSSR Tahun 1
# DPK 2.0 KSSR Tahun 2
# DPK 2.0 KSSR Tahun 3
# DPK 2.0 KSSR Tahun 4
# DPK 2.0 KSSR Tahun 5
# DPK 2.0 KSSR Tahun 6
# DPK 2.0 KSSR Pendidikan Khas Tahun 5

# Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0

# Panduan Penjajaran Kurikulum Pembukaan Semula Sekolah
# Program Transisi Tahun 1 2021

Di harapkan dengan adanya Dokumen Penjajaran Kurikulum ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan.

Sila muat turun Himpunan RPT KSSR  2021……

Himpunan RPT KSSR Tahun 1 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 2 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 3 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 5 2021
Himpunan RPT KSSR Tahun 6 2021