Pendaftaran Online Tahun 1 2019/2020

0
22

Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendaftaran Online Tahun 1 2019/2020 adalah salah satu cabang yang diperkenalkan dalam Sistem Pendaftaran tersebut

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/2020

Maklumat mengenai permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 2019/2020 kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/2020 adalah seperti berikut:

  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
    • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah.

Permohonan secara dalam talian

  • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian
  • Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Permohonan secara manual

  • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018
  • Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon
  • Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Semakan Keputusan Permohonan Online Tahun 1 Ambilan 2019

Ibubapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran secara online tahun 1 ambilan 2019 boleh membuat semakan keputusan disini

Sistem Aplikasi Semakan Permohonan Tahun 1 SPATKPM

Maklumat Tentang Sekolah Rendah

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/index.php/my/sekolah/sekolah-rendah